Vaseline ada sejenis Petroleum Jeli yang sangat popular di serata dunia yang mana produk ini menebusi pelusuk dunia kerana keberkesanannya .
Sepeti biasa, kegunaan utama produk ini adalah untuk rawatan kulit tubuh badan dan juga bibir yang merekah dan kering.
Namun sebenarnya banyak kegunaan lain Vaseline ini dalam kehidupan seharian yang mana ianya bukan sahaja untuk kecantikan malah boleh dipraktikkan untuk kegunaan rumah.
Disini disertakan beberapa kegunaan Vaseline dalam kehidupan:
1. Menambahkan kilat pada gincu jenis matte. Perlu campurkan lipmatte dan Vaseline sekaligus sebelum dioles pada bibir.
2. Mengelakkan gincu melekat pada gigi hadapan. Sapukan sedikit Vaseline pada gigi depan sebelum mengenakan gincu pada bibir.
3. Mampu membuang kulit mati pada bibir yang mengelupas dan kering. Sapu nipis pada bibir dan biarkan beberapa minit , kemudian skrub bibir dengan kain atau kapas yang lembut dan bilas.
4. Memperkemas kening yang berterabur / terlalu tebal. Sapukan sikit Vaseline pada bulu kening dan ia akan kemas malah terlihat berkilat.
5. Memanjangkan dan melentikkan bulu mata. Gunakan berus maskara yang telah dibersihkan lalu sapu pada bulu mata sebelum tidur pada setiap hari untuk hasil yang memuaskan.
6. Menyerlahkan tulang pipi. Sapukan sedikit Vaseline pada pipi sebelum menyapu pemerah pipi.
7. Memudahkan cincin yang tersekat di jari dikeluarkan . Sapukan banyak Vaseline pada jari, kemudian tolak ke depan dan kebelakang sehingga cincin dapat dikeluarkan dari jari.
8. Merawat kualiti jaket kulit. Jika terdapat bahagian pada jaket yang kelihatan kering dan kusam bole sapukan Vaseline pada bahagian tersebut , biarkan seketikan dan lap menggunakan tisu.
9. Menghilangkan kaki berbau. Kepada individu yang merasakan kakinya mempunyai bau yang kurang menyenangkan, bole sapukan tipis Vaseline dan biarkan selama 15 minit lalu lap dengan tisu atau kain kering sebelum memakai stoking.
10. Mengelakkan ruam lampin pada tubuh bayi. Sapukan pada bahagian punggung atau celah peha bayi sebelum mengenakan lampin.
11. Menghilangkan rasa perit selepas bercukur. Masukkan Vaseline dalam peti sejuk dan sapukan Vaselin sejuk pada bahagian yang baru dicukur.
12. Rambut lebih bersinar dan lebat. Sapukan Vaseline pada rambut paling atas untuk nampak lebih bersinar dan rambut bawah mengelakkan rambut bercabang dan terlalu kering.
13. Bole hilangkan gula-gula getah pada rambut. Sapukan Vaseline pada rambut yang terkena gula-gula getah dan tarik gula-gula getah sehingga ia tertanggal.
14. Mengurangkan kegatalan pada kulit kepala . Letakkan tipis saja Vaseline pada kulit kepala dan buat urutan pada kulit kepala.
15. Mengurangkan kesan calar atau cakaran pada perabot kayu. Sapukan Vaseline pada perabot yang terdapat kesan calar dan biarkan selama 24 jam, kemudian lapkan guna tisu.
16. Buang gula-gula getah pada perabot kayu. Sapu Vaseline pada gula-gula getah yang melekat dan usap sehingga ia terpisah dari kayu.
17. Buang kesan lilin. Sapu Vaseline pada sekeliling kesan lilin dan biar seketika. Selepas itu lap menggunakan tisu atau kain kering.
18. Mengelakkan ensel pintu berbunyi. Letakkan sedikit Vaseline pada ensel pintu untuk mengelakkan ia berbunyi sehingga menyakitkan telinga.
19. Buka mangga pintu yang lama / ketat. Sapukan Vaseline pada anak kunci dan cuba buka mangga.
20. Mengurangkan kesan hitam di siku dan lutut . Sapukan Vaseline pada bahagian yang hitam ini setiap hari daqn berterusan untuk kesan maksima.
21. Minyak wangi lebih tahan lama. Sebelum sembur minyak wangi, sapukan Vaseline pada tangan dan leher kemudian barulah sembur.
22. Mampu mengecutkan jerawat. Sapukan sedikit Vaseline pada bahagian jerawat untuk meredakan kemerahannya pada kulit muka atau badan.
23. Merawat luka ringan. Sapukan pada luka kecil untuk cepat sembuh. Ia melembapkan bahagian luka selain mengelakkannya terkena kotoran supaya tidak terkena jangkitan.