Apa itu Pneumokokal?

Program imunisasi pneumokokal akan dilaksanakan oleh Kerajaan dan sebanyak 90 juta ringgit akan diperuntukkan yang dijangka akan memanfaatkan 500 ribu kanak-kanak. Lain daripada itu, Kerajaan turut memperuntukkan sebanyak 6 juta ringgit untuk penghasilan ubat biologik bagi pelbagai jenis penyakit rheumatologi seperti rheumatoid arthritis. Baca perkongsian di bawah mengenai perincian Pneumokokal :

Apa Itu Pneumokokal?


Penyakit Pneumokokal merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh jangkitan. Bakteri yang dipanggil Streptococcus pneumoniae ini boleh menyebabkan jangkitan Pneumokokal.

Lihat Juga  Peluang Terakhir Permohonan Bantuan RM3100

Kanak-kanak dan warga tua merupakan fokus utama jangkitan penyakit ini boleh berjangkit tetapi penyakit ini juga boleh menjangkiti semua golongan umur.

Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini

Pelbagai jenis jangkitan yang boleh berlaku disebabkan oleh banteria ini seperti jangkitan/radang paru-paru, meningitis (radang membran yang mengelilingi saraf tunjang atau otak), sepsis (jangkitan dalam darah), sinusitis (jangkitan pada sinus) dan otitis media (jangkitan telinga tengah).

Terdapat banyak jenis strain Streptococcus pneumoniae (dalam 90 jenis atau serotaip). Namun begitu, hanya segelintir (lingkungan 20 serotaip) bertanggungjawab bagi kebanyakan penyakit pneumokokal.

Lihat Juga  Bantuan JKM Julai 2022 | Dapat Mulai Hari Ini !

Jangkitan pneumokokal ini kerap berlaku di kalangan muda, orang tua terutamanya lebih dari 65 tahun dan orang yang mempunyai sakit kronik. Jangkitan ini sering menjadi serius dan boleh menjadi punca kemasukan hospital, hilang upaya kekal seperti pekak,kerosakan otak atau kehilangan tangan/ kaki dan kematian.

Penyakit ini merupakan penyakit yang boleh dicegah melalui pelalian keranan ia merupakan baris pertahan pertama menentang jangkingan dan vaksin membantu melindungi daripada penyakit yang serius.

Penyakit pneumokokal boleh menyebabkan kematian dan kehilangan upaya. Oleh kerana itu, langkah-langkah pencegahan seperti pelalian atau vaksinasi adalah penting dalam memastikan anda dan orang tersayang tidak dijangkiti dan dilindungi secukupnya.

Lihat Juga  Skim Zakat Bantuan Deposit Van / Bas Sekolah / Lori Pick Up (Perniagaan) - MAIWP

Sumber : Teks Ucapan Belanjawan, Myhealth.Gov.My

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3