Kes Positif Covid-19 Murid di Selangor Masih Terkawal


Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Anismah M Noh berkata kes positif Covid-19 membabitkan murid sekolah rendah di Selangor masih berada di tahap yang terkawal.


Katanya, ia bersadarkan rekod peratusan murid sekolah rendah yang disaring setiap hari Rabu di semua sekolah dan negeri itu.

“Setakat ini untuk sekolah rendah, terdapat di setiap sekolah itu mungkin dua ke satu orang murid (positif Covid-19) apabila diuji pada setiap Rabu. Jadi memang ada (positif Covid-19). Dalam puluhan (jumlah murid positif Covid-19 di seluruh Selangor) tetapi terkawal. Setelah murid itu positif, kita ikut prosedur operasi standard (SOP) dan tindakan telah diambil.

“Kita ada lebih kurang 600 buah sekolah rendah di Selangor jadi setiap sekolah contohnya kalau ada 400 murid, 10 peratus daripada yang ada itu (perlu diuji) secara rawak setiap Rabu. Perhatian akan diberikan kepada murid yang nampak tidak sihat namun kita sudah maklumkan murid yang tidak sihat, tidak digalakkan datang ke sekolah,” katanya.

Beliau yang berkata demikian selepas Majlis Aspresiasi Majlis Guru Besar (MGB) Negeri Selangor 2021 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz disini hari ini.

 

Penafian – Semua yang admin share dihalaman ini hanyalah tutorial dan rujukan ringkasan yang related dengan “Kes Positif Covid-19 Murid di Selangor Masih Terkawal” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.