Kes Kematian COVID-19 Kian Meningkat


Malam semalam, direkodkan lima lagi kematian baru akibat COVID-19 termasuk dua kes kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Dua kematian iaitu kes BID dilaporkan di Pulau Pinang dan masing-masing satu kematian di Johor, Perak serta Selangor dilaporkan menerusi laman sesawang GitHub Kementerian Kesihatan (KKM).

Baca juga:

Kes Positif baharu:

Kes baharu COVID-19 sebanyan 2,417 kes posotif dilaporkan dengan 2,413 adalah penularan tempatan dan empat kes import setakat tengah malam tadi.

Maka, jumlah kes yang dilaporkan di Malaysia kini berjumlah 4,598,391 kes.

Kes sembuh daripada jangkitan COVID-19 pula sebanyak 2,536 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes adalah 4,526,817 kes sudah pulih daripada wabak itu setakat ini.

Kes aktif pula sebanyak 35,758 kes telah direkodkan.

Kes Aktif COVID-19:

Jumlah pesakit menjalani isolasi di rumah masing-masing adalah seramai 34,526, manakala 1,164 kes dirawat di hospital dan 20 kes menjalani rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula seramai 23 pesakit dirawat tetapi tidak memerlukan bantuan pernafasan, manakala 25 lagi memerlukan alat bantuan pernafasan.

 

Sumber: BERITA HARIAN




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3