Home » Portal Rasmi » KerjayaGig PERKESO: Bantuan RM600 Untuk Pekerja Yang Mencari Kerja

KerjayaGig PERKESO: Bantuan RM600 Untuk Pekerja Yang Mencari Kerja

KerjayaGig PERKESO: Bantuan RM600 Untuk Pekerja Yang Mencari Kerja

Program KerjayaGig adalah kesinambungan daripada Insentif Pengambilan Pekerja dan Program Latihan dari Penjana Kerjaya 2.0 untuk individu yang mengambil pekerjaan jangka pendek dalam tempoh mendapatkan pekerjaan sepenuh masa.

Portal Malaysia ingin berkongsi maklumat lanjut tentang program ini & cara mendapatkan insentif RM600 yang ditawarkan.

Baca Juga: Bakul Prihatin Negara : Syarat & Cara Mohon Bantuan, Muat Turun Borang!

Apakah KerjayaGig?

Program KerjayaGig di bawah PenjanaKerjaya 3.0 menawarkan insentif sebanyak RM600 bagi setiap individu yang ditawarkan pekerjaan sementara atau gig selama 6 bulan.

Manakala, insentif sebanyak RM200 pula diberikan kepada majikan, penyedia perkhidmatan, platform atau pertubuhan yang menawarkan pekerjaan sementara atau gig yang berdaftar dengan PERKESO. (Contoh: GrabCar, Lalamove & FoodPanda)

Objektif

  • Memperluaskan skop Insentif Pengambilan Pekerja di bawah PenjanaKerjaya 2.0 kepada individu kehilangan pekerjaan dan penganggur dari golongan rentan yang terlibat dalam peluang pekerjaan jangka pendek sehingga mereka dapat memperoleh pekerjaan sepenuh masa.
  • Ia akan memindahkan semula tenaga kerja yang tidak digunakan sepenuhnya (underutilised) dan sedang menerima cuti tanpa gaji kepada pekerjaan sementara atau kerjaya gig.
  • Menggalakkan individu mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig.
  • Organisasi, platform dan pertubuhan termasuk e-hailing, perniagaan digital, sebarang platform pekerjaan sendiri yang berdaftar dengan PERKESO dan menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek bagi individu yang memenuhi syarat adalah layak menerima Insentif.

Syarat Kelayakan

Golongan yang layak menerima Insentif Pengambilan Pekerja Program KerjayaGig adalah seperti dibawah:

  • Pekerja formal yang digajikan & berdaftar dengan PERKESO namun diberikan notis cuti tanpa gaji.
  • Individu kehilangan pekerjaan yang berdaftar dengan PERKESO.
  • Pencari kerja dari golongan rentan. Antaranya, golongan hilang upaya, ibu tunggal, ketua keluarga kurang berkemampuan yang telah berdaftar dengan e-Kasih, gelandangan & sebagainya.

*Nota: Semua pekerja untuk program ini mesti berumur 18-60 tahun.

Tarikh Permohonan KerjayaGig PERKESO

Permohonan mula dibuka mulai 15 Julai 2021 (Khamis) secara dalam talian.

Baca juga: RMR Perakku Prihatin: Cara Mohon Rumah Pertama Anda Serendah RM210 Sebulan

Kadar Bantuan & Insentif Yang Ditawarkan

  1. Insentif sebanyak RM 600 bagi setiap individu bagi mereka terlibat dengan pekerjaan sendiri/gig sehingga 6 bulan.
  2. Insentif berjumlah RM 200 kepada organisasi, platform atau pertubuhan bagi setiap pengambilan pekerjaan sementara atau gig yang disediakan oleh operator yang berdaftar dengan PERKESO.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan adalah seperti dibawah:

  1. Borang Pengesahan Pekerjaan yang telah ditandatangani oleh individu bekerja sendiri.
  2. Maklumat akaun bank individu yang bekerja sendiri (salinan muka hadapan penyata bank yang mengandungi nama pekerja, nombor akaun bank, kad pengenalan, & nama bank).
  3. Surat atau dokumen berkaitan beserta bukti yang telah dikeluarkan oleh majikan terkini bagi pekerja yang menerima cuti tanpa gaji.
  4. Emel pengesahan darip operator bagi mengesahkan status pekerjaan untuk pekerja sendiri yang baru saja diambil.

Cara Permohonan KerjayaGig PERKESO

Permohonan Program Insentif KerjayaGig boleh dibuat oleh Penyedia Perkhidmatan (Majikan) & Orang Bekerja Sendiri (OBS).

Sila rujuk langkah yang disediakan:

  1. Log masuk di www.myfuturejobs.gov.my & mohon pekerjaan yang tersenarai di bawah kategori pekerjaan sendiri.
  2. Selepas berjaya mengambil pekerja, majikan perlu mendaftarkan Orang Bekerja Sendiri yang berjaya melalui penjanakerjaya.perkeso.gov.my bagi memohon insentif Program KerjayaGig.

Maklumat Lanjut

Boleh hubungi PERKESO melalui saluran dibawah:

Penafian – Semua yang portalamalaysia kongsikan dihalaman ini hanyalah tutorial dan rujukan artikel related dengan “KerjayaGig PERKESO: Bantuan RM600 Untuk Pekerja Yang Mencari Kerja” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber official dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!