Berdasarkan pelajar yang telah menduduki Tingkatan 6 dan mengambil subjek Pengajian AM, ramai yang berpendapat bahawa terdapat banyak cabaran dan kesukaran dalam menyiapkan dan semasa menjalankan kerja kursus pengajian AM ini.
Sebagai panduan anda, berikut kami sediakan contoh Kerja Kursus Pengajian AM bagi memudahkan pelajar yang berada pada Tingkatan 6 dan mengambil subjek Pengajian AM supaya lebih mudah untuk anda mmebuat gambaran kerja kursus tesebut.
Tajuk Kerja Kursus Pengajian AM 2020
📢Arahan kepada calon :
Unlimited Free Shipping Shopee -> Claim Disini
Kerja kursus ini wajib dilaksanakan oleh calon STPM, iaitu calon sekolah kerajaan, calon sekolah banttuan kerajaan,c alon sekolah swasta dan calon persendirian individu sebagai sebahagian komponen penilaian penggal 2.
Kerja kursus ini mengandungi dua tema. Calon dikehendaki memilih satu tema bagi menghasilkan satu kerja kursus. Calon mesti menyerahkan kerja kursus tersebut kepada guru/pemeriksa untuk dinilai.
Calon juga mesti melaksanakan semua aspek berkaitan dengan kerja kursus seperti yang ditetapkan dalam Manual Pelajar.
Markah penuh bagi kerja kursus ini ialah 55 markah.
Pilih satu daripada tema di bawah ini dan sediakan kerja kursus yang panjangnya tidak melebihi 5000 patah perkataan.
📝Tema 1
Sosial dan budaya : pendidikan
📝Tema 2
Sains dan teknologi : Perubatan
Format Penulisan
0️⃣1️⃣Calon digalakkan untuk menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) bagi mencari maklumat tambahan.
0️⃣2️⃣Calon digalakkan untuk menggunakan komputer untuk menyediakan laporan kajian mengikut format berikut:
(a) Saiz kertas: A4 putih sahaja
(b) Garisan tepi (margin): Atas dan bawah 1 inci, kiri dan kanan 1.25 inci
(c) Tulisan: Times New Roman (font 12)
(d) Langkau (spacing): 1.5
(e) Langkau (spacing): 1.0 dibenarkan hanya bagi Abstrak
(f) Menggunakan pernomboran tajuk dan subtajuk dengan konsisten
0️⃣3️⃣Panjang penulisan hendaklah sekurang-kurangnya 3,500 patah perkataan dan tidak melebihi 6,000 patah perkataan termasuk jadual, gambar rajah, graf, carta, dan senarai rujukan yang disediakan tetapi tidak termasuk lampiran.
0️⃣4️⃣Calon boleh menggunakan ilustrasi atau gambar rajah untuk menyokong penulisan.
0️⃣5️⃣Susunan penulisan kerja kursus adalah seperti berikut:
(a) Kulit hadapan kerja kursus calon berwarna hijau muda (Lampiran 1)
(b) Borang Perakuan Calon (BPC) (Lampiran 2)
(c) Borang Rekod Kerja Kursus Calon (BRKKC) (Lampiran 3)
(d) Penulisan kertas kerja kursus Pengajian Perniagaan
0️⃣6️⃣Laporan kerja kursus hendaklah diserahkan kepada guru dalam bentuk bercetak dan berjilid.
Struktur Penulisan
Kerja kursus boleh dilakukan secara berkumpulan bagi aktiviti, seperti perbincangan skop dan kandungan kajian atau capaian data atau maklumat. Walau bagaimanapun, laporan bertulis kerja kursus ini hendaklah disediakan secara individu.
Satu laporan kerja kursus yang lengkap hendaklah dikemukakan oleh calon. Laporan itu hendaklah mengandungi perkara-perkara yang berikut:
(a) Tajuk,Abstrak dan Pengenalan
🔍Tajuk kerja kursus, iaitu pernyataan tentang apa yang dikaji.
(b) Objektif kajian
🔍Pernyataan tentang objektif kajian yang dilakukan berkaitan dengan tajuk kajian yang telah ditentukan.
(c) Latar belakang kajian
🔍Huraian ringkas tentang aspek utama atau tumpuan kajian yang dijalankan berdasarkan keperluan tajuk kajian seperti yang telah ditetapkan.
(d) Kaedah kajian
🔍Huraian lengkap tentang kaedah yang digunakan dalam melaksanakan kajian. Sekiranya data primer digunakan, penjelasan perlu diberikan bagi kaedah pengukuran, pencerapan, soal selidik, temu bual, dan pemerhatian yang digunakan.
🔍Jika data sekunder digunakan dalam kajian, maka calon perlu menjelaskan kaedah pemerolehan data tersebut seperti capaian data melalui kajian di perpustakaan, semakan bahan daripada sumber internet, dan pengumpulan laporan agensi kerajaan serta swasta atau sebarang data sekunder lain yang boleh diberi justifikasi penggunaannya.
(e) Dapatan kajian dan perbincangan
🔍Calon mesti mengemukakan dua iklan bagi setiap satu peringkat pengurusan jawatan yang dikaji:
i. Peringkat pengurusan pertengahan
ii. Peringkat pengurusan bawahan
Penelitian perlu menjelaskan perkara berikut:
• Sumber iklan
• Spesifikasi kerja
• Huraian kerja
• Aspek pemilihan
• Faktor penentu pampasan
Calon mesti mengemukakan satu resume bagi jawatan lepasan STPM berdasarkan satu contoh iklan yang sesuai.
(f) Penutup
🔍Meliputi kesimpulan kajian dan cadangan untuk penambahbaikan yang berkaitan
(g) Senarai rujukan
🔍Meliputi senarai lengkap semua rujukan asal yang disebut (cited) dalam laporan
(h) Lampiran
🔍Menyusun lampiran dengan kemas dan teratur. Calon juga harus mengepilkan lampiran yang relevan sahaja
Download Manual
Bagi anda yang terlibat dengan Kerja Kursus Pengajian AM sama ada guru mahupun calon, berikut ialah manual pengguna yang boleh anda ikuti sebagai rujukan untuk kerja kursus ini :
📝Manual Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Kertas 4 (946/4) STPM 2020
Contoh Tajuk Sosial dan Budaya Pendidikan
Untuk tajuk tema Sosial dan Budaya Penddidikan boleh rujuk link seperti di bawah sebagai rujukan dan idea :
✏️Pendidikan Abad ke 21 Dalam Kepelbagaian Budaya (researchgate)
✏️Sosio-Budaya dan Pendidikan Melayu (temanteras)
Untuk tajuk tema Sains dan Teknologi Perubatan boleh rujuk link seperti di bawah sebagai rujukan dan idea
✏️Penggunaan Teknologi Maklumat Dalam Bidang Perubatan
✏️Sains dan Teknologi Dalam Bidang Perubatan (Prezi)
✏️COVID-19 – Teknologi Moden Dalam Menangani Wabak
Semoga contoh Kerja Kursus Pengajian seperti yang dikongsikan di atas dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada pengkaji dan calon Tingkatan 6 yang mengambil subjek Pengajian AM ini dan dapat melakukan penyelidikan dan kerja kursus ini dengan mudah dan cemerlang.