“Kerja juga sebagai satu ibadah, jadi janganlah songsangkan ibadah yang kita lakukan ini,” – Andy Flop Poppy


Setelah hampir 30 tahun berada dalam industri seni tanah air , nama kumpulan Flop Poppy masih lagi menjadi sebutan ramai meskipun sudah lama tidak mempunyai album baru daripada mereka namun lagunya masih menjadi siulan .

Kumpulan yang tidak pernah dilanda kontroversi ini mengekalkan nama mereka dengan menjauhi perkara yang boleh memburukkan dan merosakkann reputasi mereka demi kekal relevan dalam industri.

Becerita tentang perjalanan dan pengalaman hidup mereka, Andy selaku vokalis kumpulan tersebut mengakui tidak senang berkongsi tentang kisah mereka dan menjelaskan bahwa tidak semua kisah artis perlu dikongsi kepada umum .

 

 

“Sepanjang berada dalam industri kami hanya fikirkan kerja dan tidak ada masa untuk lakukan perkara merepek seperti kontroversi semata-mata mahu publisiti murahan. Kalau namanya pemuzik, lebih baik fokus kepada bidang ini sahaja.”

“Kerja juga sebagai satu ibadah, jadi janganlah songsangkan ibadah yang kita lakukan ini.”

“Kami banyak belajar dari artis-artis lama untuk sentiasa kekal misteri. Kita tahu dalam industri ini apa sahaja yang kita lakukan akan jadi sensasi, namun ada perkara yang perlu disimpan supaya orang sentiasa tertanya-tanya,” katanya lagi.

Kumpulan yang pernah menjadi kegilaan ramai , Flop Poppy mula ditubuhkan sekitar 1989 sebagai kumpulan underground dan tampil dengan album pertama berjudul The Circle of Friends pada 1991 dan mula mencipta nama menerusi lagu Cinta, Aku & Kamu, Masih,Atas Nama Cinta dan Rest of My Life .

Selain daripada Andy , kumpulan ini dianggotai oleh Mijie (gitar pertama ) Megat (gitar ke 2), Wandy (bes) dan Bakri (dram). namun beberapa kali menukar anggota pemuzik dalam kumpulan tersebut.

Bercerita tentang perkembangan industri seni kini , Andy mengakui media sosial banyak memberikan pengaruh kepada semua orang termasuklah artis.

Komen Pedas Netizen

Andy juga mengakui dirinya terganggu apabila menerima komen negatif daripada netizen namun tidak memandang berat perkara tersebut malah sempat menasihati agar netizen lebih berhati –  hati dalam menulis kerana ia mampu memberikan tekanan kepada orang lain.

“Kerja juga sebagai satu ibadah, jadi janganlah songsangkan ibadah yang kita lakukan ini,” – Andy Flop Poppy

“Ada ketika memanglah terganggu dengan perkembangan media sosial sekarang ini. Namun kalau dilayan, kita pula akan jadi seperti mereka. jadi lebih baik hanya buat kerja sendiri, kalau pakar dalam bidang muzik kongsikan tentang ilmu yang ada.”

Keyboard warrior ini akan tulis apa sahaja dan suka mengacau. Kalau nak dengar kata-kata mereka memang susah sebab apa yang dilalui oleh setiap orang adalah berbeza,” jelasnya.

BACA INI : Aril Pilus Pernah Alami Tekanan Dan Berkongsi Keadaaan Terkini

Kumpulan Flop Poppy dikhabarkan bakal mengadakan konsert mereka di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada hari ini dan ia merupakan lokasi pertama persembahan jelajah Tour Flop Poppy.

Konsert ini dilakukan demi memenuhi permintaan peminat yang mahu mengembalikan nostalgia mereka yang selama ini telah banyak menyokong perjalanan seni Flop Poppy selama 30 tahun menapak dalam industri muzik.

 

“Ramai peminat yang membesar dengan lagu-lagu kami. Jadi dengan konsert ini kami harap dapat mengembalikan nostalgia mereka. Konsert ini juga diadakan atas permintaan ramai.”

“Tahun ini kami fokus dahulu untuk selesaikan sesi jelajah dan akan perancangan lagu baharu akan dibuat tahun hadapan,” katanya .

Disclaimers – Semua artikel kami kongsikan dihalaman ini sekadar panduan tutorial dan ringkasan yang related dengan ““Kerja juga sebagai satu ibadah, jadi janganlah songsangkan ibadah yang kita lakukan ini,” – Andy Flop Poppy” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.