Kereta Toyota Dan Perodua Mempunyai Jumlah Tempahan Tertunggak Yang Tinggi.


Syarikat UMW Group, menerusi UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat sekutunya, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) mempunyai jumlah tempahan tertunggak yang agak tinggi. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW, Datuk Ahmad Fuaad Kenali, berkata kedua-dua syarikat akan terus meningkatkan pengeluaran untuk menyerahkan kereta kepada pelanggan.


Namun, dengan penurunan kekurangan cip semikonduktor dan rantaian bekalan yang semakin pulih, kami yakin untuk mencapai sasaran jualan bagi tahun ini,” kataya dalam satu kenyataan. UMW akan menyerahkan 24,983 unit kenderaan pada Julai 2022, berbanding hanya 2,105 unit yang didaftarkan pada bulan sama tahun lalu. Di dalam satu kenyataan, kumpulan itu berkata UMWT dan PERODUA mencatatkan jualan memberangsangkan pada bulan lalu.

Sumber: google image




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3