Kereta F1 Ferrari Dikesan Diatas Jalan Raya


Sebuah kereta Formula Satu (F1) telah dikesan memandu di lebuh raya yang membuatkan pengguna jalan raya terpinga-pinga. Jentera Ferrari lama itu dirakam memandu laju di sepanjang lebuh raya dua lorong. Kereta F1 itu dikesan sepanjang lebuh raya D4 yang keluar dari Prague di Republik Czech menuju ke sempadan Jerman.

Walaubagaimanapun ia menjadi satu kesalahan undang-undang di mana tidak dibenarkan memandu kenderaan sedemikian di lebuh raya di Republik Czech dan polis menyiasat kejadian yang serupa pernah berlaku pada 2019.

Sumber gambar: harianmetro


Kereta yang sama telah dikesan memandu di lebuh raya yang sama. Pemilik kereta itu berjaya dikesan namun suspek menafikan dia ada pemandu ketika itu. Memandangkan polis langsung tidak dapat membuktikan kesalahan apabila pemakaian topi keledar menyembunyikan identiti pemandu, pertuduhan tidak dapat dikenakan ke atas suspek. Ini bermakna pemandu berkenaan dapat mengelak daripada didenda ribuan pound dan larangan memandu selama setahun.

Namun, pengguna laman sosial menganggap insiden berkenaan sebagai kelakar malah ada yang memuji pemandu itu kerana berani membawa kereta F1 miliknya di jalan raya.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3