Kereta Dihempap Lori Simen , Seorang Wanita Maut Di Tempat Kejadian


Seorang wanita telah maut selepas kenderaannya dihempap sebuah lori simen yang dipercayai mengalami kerosakan brek di persimpangan lampu isyarat Jalan Sri Cemerlang, Kelantan hari ini.

Dalam kejadian jam 4.10 petang itu, dikatakan mangsa yang terlibat iaitu Roslina Anat Lat berusia 47 tahun telah maut di lokasi kejadian.

Dalam pada itu , Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, lori jenis Nissan yang membawa muatan simen dipandu dari arah Pengkalan Chepa menghala ke Jalan Sri Cemerlang.

“Sebaik tiba di lokasi, pemandunya menyedari brek lori gagal berfungsi dan untuk mengelak terlanggar kenderaan di hadapan, lelaki itu mengambil keputusan membelok ke kiri.

Kemalangan ini terjadi semasa lori tersebut membelok lalu kenderaan berat itu tiba-tiba terbalik lalu menghempap Perodua Kelisa yang berhenti di lampu isyarat laluan bertentangan.

Disebabkan kemalangan itu, mangsa yang tersepit di dalam keretanya meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital.

Mangsa yang terlibat mengalami kecederaan di bahagian dada dan kaki kemudian dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk proses bedah siasat.

Kejadian tersebut turut membabitkan sebuah lagi kereta jenis Honda Civic tetapi pemandunya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kemalangan disyaki berpunca daripada kecuaian pemandu lori dalam memastikan kenderaannya selamat dikendalikan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Manakala melalui penjelasan daripada Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Timbalan Penguasa Bomba Zukeri Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.12 petang sebelum 15 anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami dapati sebuah lori menghempap sebuah kereta dan muatan simen yang dibawa kenderaan berat itu tumpah dan memenuhi kereta yang dipandu oleh seorang wanita.

Operasi sedikit sukar kerana keadaan bumbung kereta yang kemek teruk dengan mangsa yang tersepit ditambah dengan muatan simen yang turut tumpah ke atas mangsa.

Pihak Bomba dan Penyelamat menggunakan peralatan jenis pemotong hidraulik serta beg udara untuk mengeluarkan mangsa dan masa yang diambil untuk operasi itu adalah selama setengah jam dengan bantuan kren bagi memudahkan urusan menyelamat.


Proses mengeluarkan mangsa dapat dilakukan namun tidak dapat meyelamatkan mangsa yang terlibat . Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi segala ujian .

Penafian – Bahan artikel portalamalaysia share dihalaman ini sekadar panduan dan rujukan artikel berkaitan dengan “Kereta Dihempap Lori Simen , Seorang Wanita Maut Di Tempat Kejadian” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia