“Kerap Sesak Nafas Namun Masih Bersyukur Kerana Ada Keluarga Menjaganya”, – Bob Lokman


Perkembangan terbaru daripada Bob Lokman yang berhadapan dengan masalah kesihatan jantung dikongsi olehnya yang mana Bob dikatakan masih ok tetapi sering sesak nafas.


Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 58, berkata, dia juga bersyukur kerana masih berpeluang menjalani kehidupan tenang di samping isteri, Relawati Daud dan anak-anak selain terus positif.

“Keadaan kesihatan saya ok saja sekarang. Alhamdulillah, tapi sesak nafas memang selalu. Dah tak boleh nak elak lagi,” kata pelakon dan penulis lirik popular, Bob Lokman.

Dalam pada itu , Bib bersyukur kerana sehingga hari ini masih lagi adaindividu yang tidak dikenalinya mengirimkan sumbangan kewangan ke ke akaun bank isterinya.


Berita tentang dirinya sakit telah tersebar di seluruh Malaysia sehingga ramai rakan artis dan sahabat handai yang ringan tulang dan berbesar hati untuk memberikan sumbangan kepada keluarganya bagi meringankan beban mereka.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua pihak dan orang ramai yang sudi membantu saya dan keluarga dengan menghulurkan sumbangan mereka selepas berita keadaan kesihatan saya dipaparkan media sebelum ini.”

Malah bersyukur kerana mendapat sokongan positif dan doa daripada orang ramai yang masih mengingatinya hingga kini walaupun sudah tidak aktif dalam dunia seni.


BACA INI :“Kenapa Kau Bagi Makan Kat Homeless?”, Abang ‘Taiko’ Kawasan Muka Garang Tegur Ebit Lew

“Alhamdulillah, masih ramai juga orang yang baik, prihatin dengan rela hati berkongsi rezeki mereka kepada saya sekeluarga. Begitu juga dengan doa-doa yang dititipkan buat saya agar sihat semula. Semoga Allah saja menghitung jasa ini ikhlas kerana-Nya,” katanya

Disamping itu , dia juga turut menerima kunjungan tetamu dari Johor Bahru, termasuk sahabat lamanya seperti komposer dan pemain gitar BPR, Awang yang menziarahinya di Kelantan, baru-baru ini.

Sebelum ini media melaporkan bahawa Bob masih memerlukan  banyak berehat dan tidak boleh terlalu aktif bergerak kerana cepat penat berikutan kekuatan jantungnya hanya tinggal 10 peratus sahaja.

Bob sudah tidak boleh berjalan jauh sehingga terpaksa menangguhkan seketika urusan temujanji bagi pemeriksaan jantung dengan pakar di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah sejak hujung Jun lalu.

Pada 8 April 2022 , Bob telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Rawatan Sultan Ahmad Shah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysiadi Kuantan, Pahang kerana mengalami masalah cepat penat.

Manakala pada 21 April lalu , Bob berpindah ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk rawatan lanjut namun disebabkan masalah kewangan yang  dialami , dia hanya mendapatkan rawatan selama tiga hari di IJN dan keluar dari hospital serta pulang ke Kelantan pada 24 April lalu.

Bob yang sebelum ini pernah menjalani pembedahan memasukkan alat Implantable Automatic Cardioverter Defibrillator (IACD) untuk menstabilkan degupan jantungnya di HSB pada awal Disember 2020.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3