Kerajaan Wajibkan Semula Pemakaian Pelitup Muka Di Tempat Terbuka


Kes COVID-19 menunjukkan peningkatan, kerajaan perlu mempertimbangkan untuk mewajibkan semula pemakaian pelitup muka di tempat terbuka sehingga kes semakin menurun.

Pakar Kimia Perubatan dari Universiti Putra Malaysia, Prof Madya Dr Bimo Ario Tejo turut mencadangkan pemberian dos penggalak kedua diberikan kepada golongan berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan COVID-19.

Baca juga:

Varian Baharu Akan Terus Muncul:

Menurut beliau, strategi jangka pendek dan cadangan seterusnya, kerajaan perlu memikirkan strategi jangka panjang untuk mendepani gelombang COVID-19 yang akan datang.

Malaysia perlu mempertingkatkan penemuan antivirus dan tidak hanya bergantung dari vaksin yang diimport.

“Virus terus bermutasi dan varian baharu akan terus muncul. Usaha pembuatan vaksin yang berkesan untuk kesemua varian perlu dimulakan.

“Vaksin pan-coronavirus yang memberi kekebalan terhadap semua varian boleh direka dengan mengambil kira jujukan kesemua virus dalam kumpulan coronavirus beta.

“Vaksin semburan hidung (intranasal) pula menunjukkan keberkesanan pencegahan jangkitan lebih baik dibanding vaksin yang diberikan melalui suntikan.

“Institut Genom dan Vaksin Malaysia perlu diberi mandat untuk mengusahakan pembuatan vaksin COVID-19 baharu,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Hasilkan Vaksin Sendiri:

Katanya lagi, negara pengeluar vaksin dan ubat yang maju, akan mengutamakan kepentingan mereka sendiri dahulu sebelum membantu negara-negara miskin dan membangun.

“Kemampuan untuk menghasilkan vaksin dan ubat sendiri adalah modal yang kukuh untuk mendepani cabaran gelombang baharu di masa hadapan,” ujarnya.

Menurut laporan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, terdapat peningkatan sebanyak 31 peratus kes COVID-19 bagi tempoh 3 Julai hingga 7 Julai.

Menurut beliau, sebanyak 13 kes subvarian Omicron dikesan setakat 30 Jun lalu, termasuk lima kes varian Omicron BA.5.

BA.5 merupakan subvarian utama yang menyebabkan peningkatan kes COVID-19 di seluruh dunia ketika ini.

 

Sumber: ASTRO AWANI




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3