Kerajaan Umum Bantuan RM200 Sebulan Bermula Januari 2022


Kerajaan dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat telah umumkan Bantuan RM200 Sebulan Bermula Januari kepada rakyat Malaysia yang layak.

Untuk makluman anda, kerajaan telah banyak memperuntukkan bantuan dan pakej-pakej prihatin termasuk Bantuan Keluarga Malaysia, Bantuan Bakul Makanan, i Citra dan banyak lagi.

Bantuan JKM RM200 Sebulan (Perantis)

Bantuan Perantis akan diberikan kepada golongan muda B40, bertujuan untuk beri galakkan kepada orang muda dari segi latihan bekerja dan juga dari segi kewangan agar golongan-golongan ini mampu berdikari dan membantu menampung kehidupan seharian mereka dan juga keluarga mereka.

Jumlah bantuan : RM200 sebulan.

Bantuan ini akan diagihkan kepada golongan B40 yang layak.

JKM akan mempertimbangkan permohonan bantuan anda sama ada lulus ataupun gagal.

Kriteria Kelayakan Bantuan

Untuk permohonan bantuan JKM ini, berikut adalah kriteria kelayakannya :

  • Warganegara Malaysia
  • Menetap di Malaysia.
  • Bekas pelatih khidmat masyarakat.
  • Anak-anak yang menerima bantuan ini merupakan anak dari institusi kebajikan
  • Merupakan bekas pelatih perintah khidmat di Malaysia, atau
  • Kes-kes yang layak dipertimbangkan oleh JKM sendiri.

Tujuan bantuan ini diwujudkan adalah untuk membantu klien jabatan atau kanak-kanak yang tercicir daripada pendidikan serta untuk mendapatkan latihan kemahiran bagi bekas pelatih di institut kebajikan.

Cara Permohonan

Untuk permohonan bantuan ini, sila sediakan dokumen sokongan seperti Salinan IC, Salinan IC pasangan, sijil kelahiran anak-anak, salinan penyata gaji dan dokumen sokongan yang lain.

Download borang di sini : Borang Permohonan JKM 18

P/S : Jika anda masih ada ibu bapa anda, anda juga boleh mohon bantuan Warga Emas (RM500) di pejabat JKM.

Hantar dokumen-dokumen sokongan yang dinyatakan di atas berserta borang yang telah diisi ke pejabat JKM yang berdekatan dengan kawasan anda.

Info Lanjut

Pejabat JKM Daerah : Senarai Lengkap
Pejabat JKM Negeri : Senarai Lengkap

Telefon : 03-8000 8000


Permohonan ini dibuka sepanjang tahun. Semoga bantuan perantis dari Jabatan Kebajikan Masyarakat ini sedikit sebanyak dapat membantu anda dan keluarga anda dalam mengharungi kehidupan yang lebih bahagia.

Penafian – Bahan yang portalamalaysia kongsikan diatas hanyalah panduan dan rujukan ringkasan artikel related dengan “Kerajaan Umum Bantuan RM200 Sebulan Bermula Januari 2022” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia