Kerajaan Tawar Perkhidmatan RapidKL Dan KTMB Percuma Selama Sebulan


Berita Baik, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan semua pengangkutan awam sama di bawah RapidKL iaitu MRT, LRT, BRT, Monorel bas RapidKL dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Lembah Klang ditawarkan tambang percuma selama sebulan mulai semalam.

Pengumuman tersebut dibuat sempena pembukaan rasmi Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa 1.

Menerusi subsidi tambang percuma bagi perkhidmatan RapidKL dan KTMB ini, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM155 juta untuk pelaksanaannya selama 1 bulan.

MRT Laluan Putrajaya Fasa 1:

MRT Laluan Putrajaya Fasa 1 adalah sepanjang 17.5 kilometer membabitkan 12 stesen, termasuk 3 yang ditukarkan daripada MRT Laluan Kajang dengan tempoh perjalanan selama 24 minit.

Stesen Baharu:

Berikut adalah lokasi 9 stesen baharu yang dibuka iaitu:

  1. Damansara Damai
  2. Sri Damansara Barat
  3. Sri Damansara Sentral
  4. Sri Damansara Timur
  5. Metro Prima
  6. Kepong Baru
  7. Jinjang
  8. Sri Delima
  9. Kampung Batu.

Stesen Pertukaran:

Jajaran ini turut mengetengahkan 4 stesen pertukaran iaitu di:

  • Kwasa Damansara (dengan MRT Laluan Kajang)
  • Sungai Buloh
  • Kampung Batu (dengan KTM)
  • Sri Damansara Timur (dengan Stesen KTM Kepong Sentral).

Selain itu, bas perantara dan bas GoKL juga akan disediakan di stesen bagi menyambungkan destinasi pertama dan terakhir.

Perkhidmatan KTMB Lembah Klang:

Selain perkhidmatan RapidKL, pengguna perkhidmatan KTMB juga akan menikmati tambang percuma bermula semalam.

Tambang percuma ini adalah bagi perkhidmatan KTMB bagi jajaran Tanjung Malim ke Pelabuhan Klang dan Batu Caves ke Pulau Sebang Tampin.


 

Sumber: BERITA HARIAN

Disclaimers – Semua yang portalamalaysia share dihalaman ini hanyalah panduan dan rujukan ringkasan yang related dengan “Kerajaan Tawar Perkhidmatan RapidKL Dan KTMB Percuma Selama Sebulan” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia