Kerajaan Tangguh Tarikh Pelaksanaan Gaji Minimum Pekerja


Pelaksanaan gaji minimum ditangguhkan sehingga akhir tahun ini merupakan langkah terbaik untuk membantu memulihkan ekonomi kumpulan usahawan mikro di seluruh negara.

Kadar baharu gaji minimum pekerja adalah RM1,500.

Baca juga:

Proses Pemulihan:

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, ketika ini kira-kira 46,000 usahawan mikro perlu melalui proses pemulihan selepas golongan itu terjejas berikutan pandemik COVID-19.

“Golongan ini dalam proses untuk pulih. Oleh itu, ia memerlukan masa pelaksanaan dan persediaan (gaji minimum) lebih-lebih lagi baru pulih daripada kesan pandemik COVID-19,” katanya, hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta Pelancaran Program Unified Digital Library di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Burung, di sini.

Pengecualian Sehingga Akhir Tahun:

Dua hari lalu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, majikan yang terbabit dalam perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) diberi pengecualian pelaksanaan gaji minimum pekerja sehingga akhir tahun ini.

Bagaimanapun, Awang berkata majikan terbabit dalam bidang profesional seperti peguam dan doktor tetap perlu mengikut pelaksanaan itu di mana perlu membayar gaji RM1,500 kepada setiap seorang pekerja.

Pada 27 April lalu, kerajaan mewartakan pelaksanaan gaji minimum:

  • Bagi majikan yang menggajikan 5 atau lebih pekerja pula serta majikan yang menjalankan aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (Malaysia Standard Classification of Occupations, MASCO) 2020, kuatkuasa gaji minimum RM1,500 adalah bermula 1 Mei 2022.
  • Bagi majikan yang menggajikan kurang 5 pekerja pula, kuatkuasa gaji minimum RM1,500 adalah bermula 1 Januari 2023.

Apabila Ekonomi Stabil:

Noh berkata, penangguhan pelaksanaan gaji minimum kepada usahawan mikro itu diputuskan dalam Kabinet.

“Pihak kementerian yakin golongan ini mampu membayar gaji minimum apabila keadaan ekonomi mereka kembali stabil.

“Bagaimanapun, mereka yang mempunyai kemampuan digalak membayar gaji minimum kepada pekerja,” katanya.


 

Sumber: Bharian

Disclaimers – Bahan yang kami kongsikan dihalaman ini hanyalah panduan dan rujukan yang related dengan “Kerajaan Tangguh Tarikh Pelaksanaan Gaji Minimum Pekerja” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber official dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia