Kerajaan Siap Sedia Jika Berlaku Gelombang Keempat


Kerajaan akan bersediap sedia menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlaku gelombang keempat jangkitan Covid-19 dalam negara selepas Pilihanraya negeri (PRN) Melaka, pada sabtu yang lepas.

Timbalan Menteri Kesihatan II Datuk Aaron Ago Dagang berkata kesan daripada jangkita itu akan hanya dapat dilihat dalam masa sekitar 10 ke 14 hari akan datang.


“Kesan jangkitan kita akan dapat 10 ke 14 hari lagi. Kita pantau keadaan ini, kerajaan tahu dan siap sedia untuk hadapi kemungkinan gelombang keempat akan berlaku di negara kita, ini kita amat khuatir,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau yang menjawab soalan tambahan dari Dr Kelvin Yii Lee Wuen dari Ahli Parlimen Kuching mengenai kesan penularan wabak tersebut susulan PRN Melaka yang hanya dapat dilihat dalam tempoh masa dua minggu serta apakah perancangan kerajaan sekiranya berlaku peningkatan kes.

Mengambil pengajaran lepas PRN Sabah pada tahun lepas, beliau berkata SOP yang telah ditetapkan untuk PRN melaka diketatkan dengan tidak membenarkan kempen besar-besaran diadakan.

Selain itu, SOP yang ketat juga bakal digunakan bagi PRN Sarawk akan datang bagi mengekang penularan Covid-19.

Penafian – Bahan yang admin kongsikan diatas sekadar panduan tutorial dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “Kerajaan Siap Sedia Jika Berlaku Gelombang Keempat” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.