Kerajaan Setuju Untuk Benarkan Pengeluaran KWSP Dengan Bersyarat

Kerajaan Setuju Untuk Benarkan Pengeluaran KWSP Dengan Bersyarat
Kerajaan Setuju Untuk Benarkan Pengeluaran KWSP Dengan Bersyarat

PARLIMEN : Lebih 4 juta ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, (KWSP) layak mendapat manfaat Fasiliti Sokongan Akaun 2.

Hal ini adalah untuk membuat pinjaman sebanyak RM3,000 hingga RM50,000 daripada institusi perbankan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam teks ucapannya di Dewan Negara memaklumkan bagi tujuan program ini, fasiliti pembiayaan patuh Syariah juga disediakan oleh institusi perbankan dan ia tidak melibatkan sebarang unsur-unsur riba.

Kerajaan Setuju Pencarum KWSP 4 Juta Bakal Mendapat Manfaat


Fasiliti ini bakal memanfaatkan lebih daripada 4 juta ahli KWSP di bawah umur 55 tahun yang layak. Kadar faedah (Konvensional) atau kadar keuntungan (Islamik) yang akan dikenakan oleh institusi perbankan dijangka di antara 4% hingga 5% setahun. Kadar ini adalah jauh lebih rendah daripada kadar pasaran semasa pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang dikenakan pada sekitar 8% hingga 15%.

Kerajaan Setuju Pencarum KWSP Boleh Mengeluarkan RM3,000 – RM50,000


Manakala, jumlah pembiayaan minimum sebanyak RM3,000 dan maksimum sebanyak RM50,000 tertakluk kepada baki simpanan di dalam Akaun 2 KWSP.

Dan terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak bank. Memandangkan jumlah caruman dalam Akaun 2 hanyalah sokongan, pembiayaan ini tidak bercanggah dengan peruntukan Akta KWSP.

Jelasnya lagi, setakat 31 Januari 2023, seramai 1.89 juta ahli berumur antara 40 tahun hingga bawah 55 tahun atau 38% yang mempunyai simpanan di dalam Akaun 1 sebanyak RM10 ribu dan ke bawah. Maka sebab itu penting untuk membina semula tabungan bagi kumpulan ini agar punyai simpanan mencukupi untuk hari tua nanti.

Rakyat Melakukan Pengeluaran Kerana Keperluan Mendesak


Pengeluaran sewaktu Pandemik yang dibuat sebelum ini memang untuk keperluan mendesak, dan kita semua faham. Kini, tidak wajar untuk masih membenarkan pengeluaran khas dana simpanan persaraan rakyat. Negara seperti Australia, Peru dan Chile yang membenarkan pengeluaran simpanan persaraan pada 2020 dan 2021, sudah tidak lagi diteruskan tahun lalu.

SUMBER : BuletinTV3


11 thoughts on “Kerajaan Setuju Untuk Benarkan Pengeluaran KWSP Dengan Bersyarat”

  1. YANG DH HILANG UPAYA ,MENGHARAP UNTUK KELUARKAN DR AKAUN 1,UNTUK KELANGSUNGAN HIDUP ANAK DAN ISTERI .
    TETAPI DISURUH MEMINJAM DGN BANK LAGI….YAAA UNTUK MENAMBAH BEBAN HUTANG…YG BERCAKAP “TIDAK BOLEH DIKELUARKAN DUIT KWSP LAGI” …POKET TIAP TIAP BULAN BERGAJI DGN ELAUN YG BERMACAM MACAM MUNGKIN…HEBAT NYA MEREKA…
    KITA NI YG BELUM UMUR PENCEN DH JADI KURANG UPAYA….TUNGGULAH MEREPUT…NK MOHON PERKESO JGN HARAPLAH….BERMACAM MCM SYARATNYA …MYSALAM KONONNYA ….”ENCIK KENE MILD STROK X BOLEH” BR 2 BULAN…HBS TU KLU DH DEKAT SETAHUN X BAIK BAIK… MCMMANA…. SBB X KENE AHLI KELUARGA SENDIRI… EH! TAPI KLU AHLI KELUARGA SENDIRI MESTI TOLONG MAA…KABEL DALAM ADA MUSTI LEPAS PUNYA ..

    Reply
  2. Bagus laa kn kerajaan skrng nie… Nk kluar duit sndri pon ssh….dngn gaji rm1500 cukup ke nk menampung… Cube bagi menteri² rm1500 nk tngok cukup ke x yee…

    Reply
  3. Dengan nama ALLAH ako tuntut KEZALIMAN yang kau buat Anuar…. diakhirat kelak.Kau boleh lah bersenang lenang sekarang didunia ini tapi kau tunggu tuntutan aku diakhirat nanti.

    Reply
  4. assalamualaikum,,,
    saya bukan la org yg berpelajaran tinggi,,,
    apa2 pun saya mohon maaf dulu la,,,kami sebagai rakyat malaysia,,,
    yg nak kan pengeluaran one off tu,,bukan nak minta bantuan duit kerajan,,,
    kami nak duit keringat kami sendiri,,,
    BENAR KAN PENGELUARAN KWSP,,
    tapi,,,BERSYARAT,,,tak kan ambil duit keringat sendiri pun ada bunga,,,,
    tu duit kami,,bukan duit kerajaan,,,bosku,,,jangan ingat sekolah tinggi2,,,bole kasi bodoh2 rakyat,,ingat bosku,,,,kita org islam,,,

    Reply

Leave a Comment

Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3