- 4.0Kshares
- Telegram
- Facebook Messenger
Pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu mereka yang memerlukan. Bantuan ini diperkenalkan melalui pelbagai Kementerian atau Jabatan di peringkat Persekutuan atau Negeri mengikut tanggungjawab dan kumpulan sasar masing-masing.
Antaranya apabila Kerajaan bersetuju memperkenalkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) di bawah Bajet 2023 seperti yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat.
Baca juga : Cara Semakan BKM Status Bayaran Fasa 4 (Disember 2022) ~ Semak Kelayakan Anda Disini Sekarang !
Semak juga : Bantuan Barang Dapur RM300 Untuk Semua Rakyat | Mohon Sekarang!
BKK ini kemudiannya akan melibatkan jumlah kewangan RM350 dan RM700 secara ‘one-off’ kepada mereka yang layak:
- RM700: Penjawat awam gred 56 ke bawah
- RM350: Pesara Kerajaan
Bantuan ini melibatkan peruntukan kewangan RM1.3 bilion dan dijangka memanfaatkan sekitar 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah serta 1 juta pesara Kerajaan.
Mengenai tarikh pembayaran, ia mungkin akan dilaksanakan pada Januari tahun depan dengan kaedah pembayaran sekali untuk Januari 2023.
Bagaimanapun, tarikh pembayaran rasmi masih belum diumumkan dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Dalam perkembangan sama, Kerajaan turut bersetuju memberi Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56 dengan implikasi kewangan RM 1.5 bilion ringgit.
“Ini bermakna, jika seorang kakitangan Gred 11 yang bergaji RM1,600 ringgit mendapat Kenaikan Gaji Tahunannya sebanyak RM80 ringgit pada setiap April, bagi tahun hadapan, beliau turut mendapat kenaikan gaji tambahan khas 2023 sebanyak RM100 bermula pada Januari 2023.
“Ini menjadikan gaji akhir beliau pada tahun 2023 adalah sebanyak RM1,780 dan gaji ini kekal dibawa ke tahun seterusnya,” kata Tengku Zafrul.
Maklumat lebih teliti dan lanjut berkenaan inisiatif-inisiatif di bawah Bajet 2023 boleh dirujuk di Portal Rasmi Bajet – DI SINI.