Kerajaan Negeri Kelantan Minta Penjelasan Isu Royalti Minyak Kepada Kerajaan Persekutuan


Kerajaan Negeri Kelantan memohon penjelasan lanjut daripada Kerajaan berhubung kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengnai pembayaran royalti petroleum.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, mereka memandang serius akan jawapan bertulis itu dalam Persidangan Dewan Rakyat yang dilihat tidak selari dengan Kerajaan sebelum ini.

“Untuk rekod Kerajaan Persekutuan melalui Majlis Kewangan Negara yang bersidang pada 7 Jun 2018 memutuskan kerajaan akan memansuhkan Program Wang Ehsan dan memutuskan bayaran tunai petroleum disalurkan terus kepada kerajaan negeri.

“Bayaran tunai dan hasil pengeluaran bagi Kelantan telah diperakui Kerajaan Persekutuan dalam Persidangan Dewan Rakyat pada 30 Oktober 2019 dan 28 Julai 2020 oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi),” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Tambah beliau, kerajaan negeri berpendirian bahawa bayaran tunai adalah kaedah tepat berdasarkan apa yang diperuntukkan jelas dalam perjanjian 1975 antara kerajaan negeri dan Petronas dan ia selaras dengan pendirian dan keputusan Kerajaan sebelum ini.


“Kerajaan negeri percaya pendirian ini berlandaskan semangat federalisma dan Keluarga Malaysia demi kemaslahatan dan kesejahteraan rakyat Kelantan,” katanya.

Sebelum ini, di laman media melaporkan, Tengku Datuk Seri Zafrul berkata Petronas tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana-mana negeri di Semenanjung (termasuk Kelantan).

Menurut jawapan bertulis di Dewan Rakyat, beliau dilaporkan berkata, disebabkan keududukan medan pengeluaran petroleum yang beroperasi adalah di luar perairan negeri Kelantan.

Bagaimanapun, memandangkan lokasi medan petroleum berdekatan perairan negeri Kelantan, maka Kerajaan Persekutuan membuat pembayaran dalam bentuk wang ihsan.

Penafian – Bahan yang portalamalaysia share dihalaman ini merupakan tutorial dan ringkasan artikel berkaitan dengan “Kerajaan Negeri Kelantan Minta Penjelasan Isu Royalti Minyak Kepada Kerajaan Persekutuan” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.