Kerajaan Digesa Untuk Benarkan Sekali Lagi Pengeluaran KWSP


Dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan Jumaat ini, Kerajaan digesa membenarkan sekali lagi pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah KWSP RM10,000.

Rayuan itu turut dinyatakan menerusi media sosial milik Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Pembentangan Bajet 2023


Pensyarah Kanan Jabatan Ekonomi dan Kewangan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Melaka, Dr Mohamad Idham Md.Razak berkata, masih ramai yang berharap pengeluaran KWSP dibenarkan walaupun mendapat tentangan segelintir pihak.

“Kerajaan harus memberi tumpuan untuk meningkatkan jumlah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan menjadikannya lebih teratur dan bukan secara sekali sahaja.

Kerajaan Digesa Untuk Benarkan Sekali Lagi Pengeluaran KWSP 1

Cadangan Pemberian E-Baucar

“Selain itu, pemberian baucar elektronik (e-baucar) di bawah kaedah muqassah (pinjaman) kepada semua isi rumah B40 juga mampu membantu rakyat di mana mereka boleh ditukar dengan keperluan asas setiap bulan.

“Peniaga akan mengutip e-baucar ini dan membayar balik dengan kerajaan melalui pengurangan pembayaran cukai korporat.

“Kelebihan e-baucar berbanding bantuan tunai seperti sekarang ialah dapat memastikan bantuan itu tidak digunakan untuk tujuan lain dan kerajaan tidak perlu menambah hutang untuk memberi bantuan tunai kerana menggunakan konsep muqassah, ” katanya. – UTUSAN

Tandatangan Petisyen

Bagi yang masih belum tandatangan petisyen untuk pengeluaran KWSP 2.0 ini, anda boleh berbuat demikian dengan sign di link tersebut sebagai tanda sokongan.

Petisyen Pengeluaran Khas KWSP

Semoga Kerajaan mendengar suara-suara daripada rakyat yang mendesak agar pengeluaran terakhir ini bakal dilaksanakan secepatnya.


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3