Seperti yang kita sedia maklum, Kerajaan telah mengawal harga dan memberi subsidi dalam tempoh yang lama kepada beberapa produk seperti minyak masak dan ayam.
Menurut Presiden Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO), Datuk Ameer Ali Mydin, penetapan harga siling dan pemberian subsidi dalam tempoh yang lama akan menyebabkan ekonomi terbantut.
Baca juga:
- Tiada Lesen Memandu Kelas F, Lelaki Nekad Langgar Kenderaan JPJ
- Serra Bagi ‘Hint’ Sudah Ada Pengganti, Doakan Shuk ‘Move On’
Kawal Harga:
Menurutnya juga, jika harga terlalu lama dikawal, pengeluaran barangan tidak akan mencukupi dan kerajaan akan terus memberi subsidi.
Kerajaan perlu naikkan jumlah bantuan dan kurangkan subsidi jika kerajaan prihatin dan ingin membantu rakyat.
Menurut Ameer yang juga Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, penarikan subsidi secara berperingkat wajar dilakukan dan wang tersebut boleh disalurkan kepada golongan yang memerlukan termasuk golongan M40 yang kini turut terbeban akibat kenaikan kos sara hidup.
Justeru beliau berpandangan subsidi minyak paket dengan jumlah keseluruhan hampir RM1.8 bilion itu distrukturkan semula, salurkannya kepada golongan yang memerlukan.
Sumber: ASTRO AWANI
Related Posts
- Tuntut Passport Segera, Elak Dibatalkan
- Cara Mohon Bantuan RM480 Untuk Suri Rumah Tahun 2022
- Larangan Khidmat p-hailing Hospital Sungai Buloh Hanya Bertahan 2 Hari
- KWSP lulus, suami isteri merasa beli Kancil
- Digelar Dewi Remaja Paling Buruk oleh Netizen, ini nasihat Shaza Bae -“Boost your energy, creativiti dan ketepikan semua kata-kata negatif tersebut. Paling penting be better dan terbaik dari sebelumnya”