Home » Isu Semasa » Kerajaan Dicadangkan Untuk Mengimport Ayam Bulat Sejuk Beku

Kerajaan Dicadangkan Untuk Mengimport Ayam Bulat Sejuk Beku

Presiden Pertubuhan Usahawan Islamiah Malaysia (Usamiah) Tengku Imran Tengku Zainal Abidin berkata, dalam tempoh jangka masa pendek, inisiatif seperti memberi kebenaran mengimport ayam bulat sejuk beku boleh menjadi penyelesai sementara isu kenaikan harga barang yang berlaku ketika ini bagi membantu rakyat.

Tambahnya lagi, pihaknya mengharapkan kenaikan harga ini yang dilihat tidak menentu ini berakhir menjelang hujung tahun dan keadaan kembali stabil.

“Kita tahu Cukai Makmur akan diperkenalkan tahun depan. Namun dalam masa terdekat, perlu ada tindakan segera dan saya lihat mengimport ayam ini satu daripadanya.

“Namun sebagai persatuan usahawan, kita mengharapkan kualiti ayam yang dibekalkan nanti adalah yang terbaik demi pengguna dan rakyat,” meemetik katanya kepada sebuah akhbar hari ini.

Beliau menyambut baik langkah itu, namun mengharapkan juga supaya diadakan satu langkah proaktif dan komprehensif diambil bagi mengelak perkara itu berulang kembali.

Katanya, walaupun Cukai Makmur akan dilaksanakan tahun depan, jurang yang berlaku pada tahun ini memberi impak yang besar kepada negara.

“Untuk jangka masa panjang, Usamiah mencadangkan juga kerajaan menggunakan kaedah inovasi Agri-Tech bagi mengurangkan kos tenaga buruh seperti dilakukan Singapura dan Indonesia.

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.

“Kaedah ini sepatutnya diutamakan kerana ia lebih efektif dan berkesan dalam mengurangkan kos pengeluaran.

“Selain itu kita juga perlu mengukuhkan sumber hasil tempatan seperti pengeluaran baja, racun, dedak dan sebagainya dapat menstabilkan harga pasaran,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan, kerajaan memberi kebenaran untuk mengimport ayam bulat sejuk beku bagi tempoh tiga bulan bermula bulan ini sehingga Februari 2022.

Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) yang dilaporkan berkata, kebenaran dalam mengimport untuk menampung kekurangan bekalan ayam di pasaran itu membabitkan pertimbangan import sehingga 10,000 tan metrik atau 5.5 juta ekor sebulan.

Tengku Imran berkata, isu kenaikan itu memberi kesan kepada 5,000 ahli Usamiah seluruh negara untuk memastikan mereka dapat menentukan harga berpatutan kepada pelanggan.

Beliau berharap, penyelesaian jangka masa panjang akan diambil bagi membolehkan warga peniaga tidak terbeban dengan kenaikan harga barang berfaktor daripada perkara luar jangka.

 

 

Disclaimers – Semua artikel admin share diatas sekadar panduan tutorial dan ringkasan yang berkaitan dengan “Kerajaan Dicadangkan Untuk Mengimport Ayam Bulat Sejuk Beku” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!