Kerajaan Beri Jaminan Harga Barang Keperluan Tidak Akan Membebankan Rakyat


Kerajaan Malaysia akan sentiasa memastikan kenaikan harga barangan keperluan asas di dalam pasaran dunia akibat gangguan rantaian bekalan yang disebabkan konflik geopolitik dan perubahan iklim tidak akan membebankan rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Dia tidak nafikan berlaku kenaikan harga barangan, ini fenomena global. Bukan hanya di Malaysia, bukan hanya di Turkiye tetapi di seluruh dunia hanya kerana mulanya iaitu pandemik Covid-19 dan kemudian Perang Ukraine-Rusia.

Gambar Sekadar hiasan


Datuk Seri Ismail Sabri, yang telah tiba pada Selasa untuk lawatan rasmi empat hari ke republik itu, berkata, yang membezakan Malaysia dengan kebanyakan negara lain ialah kadar subsidi diberikan kerajaan kini mencecah lebih RM77.7 bilion. Dan Sebagai contoh, kadar inflasi di Turkiye sudah mencecah 78 peratus iaitu yang tertinggi dalam tempoh 24 tahun. Malaysia bertuah kerana kerajaan dapat mengekalkan subsidi dan memastikan harga barang tidak naik dan membebankan rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri telah berkata, maklum balas yang diterima daripada rakyat Malaysia di Turkiye menunjukkan harga keperluan barang asas naik mendadak dan tiada subsidi kecuali untuk roti. Mesti ramai yang menggambarkan kehidupan di Turkiye semakin hari semakin mencabar terutama golongan pelajar. Harga makanan naik setiap minggu atau dua minggu sekali, katanya.

Gambar sekadar hiasan


Beliau juga berkata, di Malaysia pula, kerajaan akan terus mengekalkan subsidi untuk barangan seperti ayam, minyak masak, petrol dan diesel dan juga Datuk SeriIsmail Sabri berkata, kerajaan juga mengekalkan tarif elektrik dan air demi menjaga kepentingan Keluarga Malaysia dengan menampung subsidi sebanyak RM5.8 bilion meskipun berlaku peningkatan mendadak kos bahan api dan penjanaan lain.

Katanya, bantuan tunai tambahan berjumlah sehingga RM500 kepada golongan B40 dan sebahagian daripada golongan M40 turut diberikan. Seramai 8.6 juta penerima Bantuan Keluarga Malaysia menerima bayaran membabitkan peruntukan sebanyak RM1.74 bilion secara berperingkat mulai 27 Jun lalu dan sehingga kini, lapan juta orang atau 93 peratus telah menerima bayaran.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3