Home » Isu Semasa » Keputusan Kes SRC BOSSKU (Najib Razak) 8 Disember 2021

Keputusan Kes SRC BOSSKU (Najib Razak) 8 Disember 2021

Makhamah Rayuan di Putrajaya semalam menetapkan 8 Disember 2021 adalah hari keputusan rayuan Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan menyelewengkan sejumlah RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.

Dalam kenyataanmedia hari ini, Ketua Pendaftar Makhamah Persekutuan (PKPMP) dalm kenyataan media semalam memaklumkan keputusan tersebut akan disampaikan dalam pukul 9 pagi.

Rayuan itu didengari oleh tiga panel hakim yang diketuai oleh Datuk Abdul Karim Abdul Jalil, bersama Datuk Has Zanah Mehat dan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera yang berlangsung selama 15 hari dan selesai pada 18 Mei 2021 yang lalu.

Najib Razak, mengemukakan rayuan terhadap keputusan Makhamah Tinggi Kuala Lumpur pada 29 Julai 2020 lalu, yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 njuta selepas beliau mendapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, melibatkan RM42 juta data SRC International.

Beliau dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas bagi setiap tiga pertuduhan CBT tersebut dan tiga kes pengubahan wang haram serta 12 tahun penjara berserta denda RM210 juta atau penjara lima tahun, bagi satu pertudduhan menyalahgunakan kedudukan beliau.

Walaupun begitu, Najib hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 12 tahun selepas hakim memerintahkan kesemua hukuman penjara berjalan serentak.

Makhamah turut membenarkan Najib untuk menangguhkan pelaksanaan keputusan itu sementara menunggu rayuan dengan ikat jamin sebnyak RM2 juta berserta dua penjamin.

Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Datuk V.Sithambaram manakala Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mewakili Najib.

Penafian – Bahan yang admin kongsikan diatas sekadar tutorial dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “Keputusan Kes SRC BOSSKU (Najib Razak) 8 Disember 2021” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes