Senarai Harga Honda HRV 2022 Malaysia
Harga Honda HRV 2022 Malaysia yang bakal bersaing dengan mitsubishi xpander, toyota corolla cross, proton x50, setelah penantian sehingga 7 tahun lamanya, akhirnya generasi 3 yang terbaru dan terkini dilancarkan di pasaran Malaysia.
Di bawah ini telah dikongsikan kepada anda segala butiran lengkap untuk spesifikasi, gambar design, kelebihan dan kekurangan serta harga Honda HRV yang dijual di pasaran Malaysia.
Sumber: youtube Honda
MODEL | JENIS HARGA | SEMENANJUNG (RM) | SABAH & SARAWAK |
---|---|---|---|
1.5L S | HARGA RETAIL TANPA INSURAN | 114,800.00 | 116,800.00 |
HARGA JUALAN | 114,460.00 | 116,568.00 | |
1.5L Turbo E | HARGA RETAIL TANPA INSURAN | 129,800.00 | 131,800.00 |
HARGA JUALAN | 129,800.00 | 131,568.00 | |
1.5L Turbo V | HARGA RETAIL TANPA INSURAN | 134,800.00 | 136,800.00 |
HARGA JUALAN | 134,460.00 | 136,568.00 | |
1.5L e.HEV RS | HARGA RETAIL TANPA INSURAN | 140,800.00 | 142,800.00 |
HARGA JUALAN | 140,460.00 | 142,568.00 |
Harga Honda HRV Bayaran Bulanan (10 % Downpayment)
VARIAN | ANSURAN | SEMENANJUNG (RM) | SABAH & SARAWAK |
---|---|---|---|
1.5L S | 9 TAHUN | 1,214.97 | 1,236.13 |
7 TAHUN | 1,488.30 | 1,514.23 | |
5 TAHUN | 1,980.30 | 2,014.80 | |
1.5L Turbo E | 9 TAHUN | 1,373.72 | 1,394.88 |
7 TAHUN | 1,682.76 | 1,708.69 | |
5 TAHUN | 2,239.05 | 2,273.55 | |
1.5L Turbo V | 9 TAHUN | 1,426.63 | 1,447.80 |
7 TAHUN | 1,747.59 | 1,773.51 | |
5 TAHUN | 2,325.30 | 2,359.80 | |
1.5L e.HEV RS | 9 TAHUN | 1,490.13 | 1,511.80 |
7 TAHUN | 1,825.37 | 1,851.30 | |
5 TAHUN | 2,428.80 | 2,463.30 |
Reka Bentuk Yang Sangat Menawan
Saban tahun, HRV sentiasa menjadi sebuah kereta yang mempunyai reka bentuk yang menawan. Pada tahun 2022, HRV menampilkan rekaan luaran yang lebih memukau.
Ia kelihatan matang dengan penampilan yang lebih “sporty” dan dengan reka bentuk coupe. Grill pengudaraan telah direka semula menjadikan ianya kelihatan berbeza daripada rekaan yang sebelumnya. Hood semakin panjang dan rata berbanding rekaan sedia ada dan rekaan belakang menampakkan kemewahan kereta hrv ini di jalan raya.
Ruang Kaki Yang Luas
Dapat dilihat melalui rekaan HRV bahawa Honda telah menambakbaik ruang kabin mereka setelah mengambil kira maklumbalas daripada penggunaan model sebelumnya.
Ruang kaki bukan sahaja luas malah memberi keselesaan kepada penumpang dan juga pemandu tidak kira samada penumpang duduk di depan ataupun hadapan.
Sumber: google image
Kerusi Yang Versetail
Tidak seperti rekaan kereta lain yang sama kelas dengannya, kerusi HRV lebih versetail membolehkan penumpang memilih konfigurasi tempat duduk yang pelbagai.
Ia menawarkan fleksibiliti, akses yang mudah, selesa dan lebih banyak pilihan ruang penyimpanan.
Apabila kerusi belakang dilipat sepenuhnya, ia menyediakan ruang penyimpanan yang lebih besar di belakang.
Bahan Buatan Cabin Premium
Kita telah sedia maklum bahawa, honda sangat mengutamakan kualiti bahan-bahan yang mereka gunakan dalam setiap model kereta bagi menjamin keselamatan penumpang dan juga mengekalkan sentuhan akhir yang premium kenderaan mereka. Walaupun penggunaan bahan dalam setiap model adalah berbeza, namun kualiti nya tetap tinggi.
Pemegang Pintu Tersembunyi
Semasa mula diperkenalkan, pemegang pintu tersembunyi HRV mendapat maklumbalas yang positif.
Pada model 2022, reka bentuk kereta disesuaikan lagi dengan ciri ini menjadikan ianya lebih mantap dan premium.
Dengan reka bentuk coupe, ciri pemegang pintu tersembunyi menjadikan model HRV kelihatan seolah-olah kereta dengan dua pintu.
Ciri Ciri Keselamatan Yang Berteknologi Tinggi
Semua varian HRV dilengkapi ciri-ciri keselamatan berteknologi tinggi.
Ini termasuk sistem pelanggaran hadapan, sistem brek mitigasi pelanggaran, sistem bantuan pengekalan laluan, mitigasi perlepasan jalan, amaran perlepasan laluan, lampu tinggi automatic, dan sebagainya.
Ingin tahu lebih lanjut sila masuk laman web Honda Malaysia