Harga Mitsubishi Xpander Malaysia
Harga Mitsubishi Xpander 2022 Malaysia yang akan mula bersaing dengan Outlander, Toyota Innova, Proton x50, Rush, Honda BRV, Perodua Aruz dan Alza.Mitsubishi Xpander merupakan kereta dalam kategori SUV / MPV segmen B yang mempunyai 7 tempat duduk. Ianya merupakan rekaan terbaru Mitsubishi untuk bersaing dengan Honda BR-V dan Toyota Rush.
Di bahagian bawah ini telah dikongsikan harga bagi kereta mitsubishi xpander di Malaysia termasuk di Kuala Lumpur Kl Sabah Pahang Perak Pulau Pinang Selangor Kelantan Negeri Sembilan Sarawak Perlis Kedah Terengganu Melaka Penang Pahang.
PERKARA | SEMENANJUNG (RM) | SABAH (RM) | SARAWAK (RM) |
---|---|---|---|
HARGA JUALAN | 96,510.00 | 98,183.88 | 98,183.88 |
ON THE ROAD | 96,800.00 | 98,315.88 | 98,365.88 |
Harga Bulanan Mitsubishi Xpander 2022
PERKARA | SEMENANJUNG (RM) | SABAH & SARAWAK |
---|---|---|
TIADA BAYARAN MUKA | 1,138.30 | 1,156.12 |
9 TAHUN | 1,024.00 | 1,040.51 |
7 TAHUN | 1,254.94 | 1,274.60 |
5 TAHUN | 1,669.80 | 1,695.95 |
Reka Bentuk Yang Berani Dan Futuristik
Dengan mengadaptasikan tema rekaan yang sama seperti model Triton dan Outlander iaitu ‘Dynamic Shield’, Xpander memaparkan rekaan depan yang berani dan futuristik.
Dengan fender depan dan belakang yang tegap serta ciri ‘floating roof’ pada tiang belakang menjadikan rekaan luaran Xpander sangat unik.
Sistem Suspensi Yang Sangat Seimbang
Dengan pengalaman yang luas dalam perlumbaan rali, Mitsubishi sangat pakar dalam bab keseimbangan suspensi. Tanpa mengira rupa bentuk permukaan jalan, Xpander menyerap segalanya dengan begitu seimbang membuatkan anda memandu dengan begitu selesa tanpa terasa seperti dilambung.
Tempat Duduk Belakang Paling Selesa
Berbanding kereta lain dalam kelasnya, Xpander mempunyai ruang kaki dan kepala yang sangat selasa dari bahagian depang sehingga ke barisan ketiga tempat duduk penumpang.
Bahan yang digunakan untuk membuat kusyen juga begitu empuk dan tidak begitu keras memberikan keselesaan untuk apa jua jenis perjalanan.
Paling Besar Dalam Segmennya
Jika dibandingkan dengan pesaing rapatnya iaitu Honda BR-V dan Toyota Rush, saiz Xpander lebih panjag dan lebar.
Amat Praktikal
Xpander menyediakan begitu banyak ruang untuk penyimpanan seperti di papan muka bahagian penumpang, bahagian pemandu, ruang tengah, bahagian belakang pada kerusi hadapan serta di bahagian pintu.
Malah ia turut dilengkapi dengan ruang penyimpanan tambahan di bawah kerusi penumpang hadapan.
Yang paling unik adalah, kerusi di barisan kedua dan ketiga boleh dilipat rata untuk memberikan ruan penyimpanan but yang paling luas (1630 L).
Anda juga boleh menyimpan sebanyak 18 botol air di dalam Xpander.
Jimat Minyak
Hasil ujian menunjukkan bahawa Xpander, dengan kelajuan 90km/j berjaya mencatat jarak tempuh bahan bakar sejauh 16.5km/L dalam keadaan perjalan yang lancar tanpa kesesakan.
Dalam kesesakan lalu lintas pula, Xpander mencatat bacaan minyak sebanyak 12km/L.
Bagi kereta sebesar Xpander, penggunaan bahan bakar seperti itu adalah sesuatu yang menjimatkan.
sistem Infotainmen Terbaik
Di Malaysia, skrin sesentuh berukuran 9 inci Xpander merupakan yang paling besar berbanding Xpander di pasaran lain. Xpander di pasaran Malaysia juga satu-satunya yang dilengkapi dengan kelengkapan sambungan Android Auto dan Apple CarPlay. Dari segi kualiti audio, ianya jauh lebih baik berbanding Rush dan BR-V.
4 Buah Kamera 360o
Dengan 4 kamera 360 darjah yang dipadankan dengan sensor parker, Xpander amat mudah untuk dikemudi semasa meletakkan kenderaan di ruang yang sempit.
Pelarasan Teleskopik
Xpander mempunyai stereng yang dilengkapi dengan sistem pelarasan teleskopi. Sistem ini membolehkan anda merubah posisi pemanduan anda mengikut keselesaan anda dan sangat diperlukan oleh mereka yang bertubuh besar dan juga tinggi.
Kabin Yang Senyap
Kabin Xpander sangat senyap kerana ia dilengkapi dengan tingkap depan yang tebal, cermin depan akustik serta penebat bunyi di bahagian bumbung Ini terbukti apabila Xpander mencatat bacaan bunyi yang rendah iaitu 62 dB pada kelajuan 90km/j dan 68 dB pada kelajuan 110km/j.
Ini jauh lebih senyap berbanding BR-V (69dB pada kelajuan 90km/j dan 72 dB pada kelajuan 110km/j) dan Rush (63 dB pada kelajuan 90km/j dan 71 dB pada kelajuan 110km/j.).
Sila anda layari laman web Mitsubishi Malaysia untuk lebih lanjut lagi