Home » Gosip Artis Malaysia » Kenali Bakal isteri Haqiem Rusli, Anis Sofea Cantik Manis Orangnya.

Kenali Bakal isteri Haqiem Rusli, Anis Sofea Cantik Manis Orangnya.

 

Pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-34 (ABPBH34) minggu lalu, Hakim telah menyatakan akan menamatkan zaman bujangnya pada tarikh 19 November 2021. Haqiem yang baru berkongsi identiti bakal isterinya, bakal menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihannya iaitu Anis Sofea.

Anis Sofea yang pernah digosipkan menjalinkan hubungan cinta dengan Haqiem dan Anis Sofea sebelum ini pernah menafikan hubungan mereka namun sering dikaitkan oleh peminat Haqiem.

Gadis pilihan Haqiem ini berusia 19 tahun dan sangat cantik dan ayu apabila mengambil keputusan untuk mengenakan hijab baru – baru ini dan juga sudah memadam foto dan video lama di Instagram miliknya. Dia hanya berkongsi dua keping foto bertarikh 31 Oktober lalu dengan imej baharunya itu.

Ruangan komen mula dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada peminat sejak Haqiem berkongsi berita berkenaan di ABPBH34 Sabtu lalu.

Identiti bakal isteri Haqiem Rusli:
Nama sebenar ialah Wan Anis Sofea Wan Zamzuri dan selesa digelar Anis Sofea. Berumur 19 tahun dan berasal dari Kelantan.

Menamatkan pengajian di peringkat SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 5 Wangsa Maju. Juga merupakn seorang selebriti media sosial dengan memiliki hampir 51 ribu pengikut di Instagram dengan nick name: sofeaaaaz.

Mereka berkenalan apabila mula bertemu dan berkenalan atas urusan perniagaan yang dijalankan , yang mana Anis Sofea merupakan pengasas dan rakan kongsi perniagaan restoran makan Santhai Village bersama Haqiem.

Hubungan yang bermulanya atas dasar perniagaan akhirnya bertahan selama hampir dua tahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Dalam pada itu , Haqiem khabarnya ada membuat sebuah lagu khas sempena tarikh nikahnya nanti dan bercadang menghadiahkan sebuah lagu khas untuk bakal isterinya itu berjudul “Hitam saksi putih”.

HAqiem juga ada memberitahu bahawa busana pernikahan direka khas oleh Razman Razmi dan untuk malam resepsi pereka fesyen Rizman Ruzaini diberi kepercayaan untuk menghasilkan busana buat mereka.

 

Penafian – Bahan artikel admin share dihalaman ini merupakan panduan tutorial dan rujukan yang berkaitan dengan “Kenali Bakal isteri Haqiem Rusli, Anis Sofea Cantik Manis Orangnya.” sahaja. portalamalaysia tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes