Home » Isu Semasa » Kenaikan Harga Sayur Sehingga 200 Peratus Tidak Berlaku – Timbalan Menteri KPDNHEP

Kenaikan Harga Sayur Sehingga 200 Peratus Tidak Berlaku – Timbalan Menteri KPDNHEP

Kmenterian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) semalam melakukan siasatan berikut dakwaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bahawa harga sayur dikatakan meningkat sehingga 200 peratus dan mendapati ianya tidak berlaku.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Rosol Wahid berkata dalam satu sidang akhbar, hasil siasatan penguatkuasa keenterian itu mendapati persatuan itu tidak dapat menentukan lokasi kenaikan harga itu.

“(Mengenai) harga sayur yang dikatakan hingga 200 peratus kenaikan, tetapi hasil siasatan kita mendapati bahawa bila kita tanya di mana ia berlaku, tidak ada.

“…bila pegawai penguat kuasa kita ke lapangan untuk melihat dan meninjau apa yang dimaklumkam, jadi bila tanya CAP mereka tidak boleh tentukan di mana, cuma mereka kata hanya cakap-cakap,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat, semalam.

Bagaimanapun beliau berkata, kajian dari pegawai-pegawai penguat kuasa KPDNHEP mendapati memang ianya berlaku kenaikan harga sayur tapi tidak setinggi seperti yang didakwa.

Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat supaya memaklumkan kepada saluran KPDNHEP seperti di portal e-Aduan sekiranya ada berlaku kenaikan harga yang mendadak supaya pegawai penguat kuasa dpat memantau dan mengambil tindakan secepat yang mungkin.

Mengenai isu kenaikan hara roti oleh syarikat pengeluar roti terkemuka negara pada 1 Disember ini, beliau berkata kementerian tersebut akan menjalankan siasatan berkaitan hal tersebut.

“… sehingga hari ini, ia (syarikat pengeluar roti itu) tidak memaklumkan kepada kementerian untuk menaikkan harga (roti),” katanya.

Isu itu yang dibahaskan disertai seramai 17 Ahli parlimen daripada blok Kerajaan, pembangkang dan bebas.

Dewan Rakyat kemudian meluluskan anggaran perbelanjaan mengurus berjumlah RM1,094,676,700 yang diperuntuk kepada KPDHEP dalam Bajet 2022 dengan lebih suara yang menyokong.

Disclaimers – Semua artikel admin share diatas hanyalah tutorial dan rujukan artikel berkaitan dengan “Kenaikan Harga Sayur Sehingga 200 Peratus Tidak Berlaku – Timbalan Menteri KPDNHEP” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes