Kemungkinan Isnin Raya – Dr. MAZA


Baru-baru ini Dr. Mohd Asri Zainul Abidin di laman Twitter miliknya dilihat menjawab persoalan tentang perbezaan dalam perhitungan dan penentuan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Dikatakan Hari Raya di Malaysia mungkin jatuh pada hari Selasa berbeza dengan kebanyakan negara Islam lain yang menyambutnya.

Beliau menambah, ini adalah kerana Malaysia menggunakan kriteria baru Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama; Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (Mabims).

“Jika mengikut kriteria kebolehnampakan anak bulan yg digunakan sebelum ini, kemungkinan besar Isnin hari raya. Demikianlah kebanyakan negara Umat Islam”

“Jika pakai kriteria baru Jakim / Mabims, mungkin tak nampak. Maka, kita mungkin raya Selasa”

 

Kemungkinan Isnin Raya - Dr. MAZA 2

 

Menurut Dr. Asri, Beliau bukan mempertikai kaedah yang digunakan JAKIM. Beliau sekadar menjawab persoalan kenapa ada perbezaan dalam perhitungan.

“Saya tidak pertikai. Saya menjawab soalan tentang kenapa ada perbezaan dalam perhitungan”

“Perlis kita ikut keputusan bersama dalam menentukan hari raya”

Menurut beliau lagi, tidak ada yang boleh mengatakan antara kaedah lama dan baru yang mana patut dipakai melainkan penilaian oleh pakar falak sendiri. Namun pakar yang terlibat boleh meminta kerajaan untuk semak semula perkara ini.

“Tiada siapa boleh menyatakan kaedah lama atau baru yang lebih patut dipakai melainkan setelah dinilai oleh pakar falak”

“Perbezaan dari sudut kriteria darjah. Dari sudut ketinggian, jarak lengkung dan ketinggian”

“Pun begitu, para pakar mempunyai ruang menuntut kerajaan menyemak hal itu pada masa depan”


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3