China sekali lagi menjadi perhatian selepas memberi amaran mengenai kemunculan virus baharu ini.

Baca juga:

Kemunculan virus Langya ini mencetuskan kebimbangan, namun memandangkan virus ini masih baharu, pasti ramai yang kurang mengetahui tentang virus ini.

Sehingga kini, seramai 35 orang di wilayah Henan dan Shandong di Timur China telah dijangkini virus Langya.

Menurut Pusat Kawalan Penyakit (CDC) Taiwan, virus Langya sebelum ini tidak pernah merebak kepada manusia namun kini sudah mula menjangkiti 35 orang di China.

Tahap 4 dengan kadar kematian kes antara 40 dan 75 peratus.

Setakat ini, individu yang dijangkiti tidak menunjukkan simptom serius atau meyebabkan kematian. Bagaimanapun, virus itu boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang dan hati.

Menurut kajian para saintis yang mengkaji 25 jenis haiwan telah mendapati bahawa pembawa virus Langya yang paling jelas setakat ini adalah adalah daripada Cencurut (Asian House Shrew).

Tanda-tanda gejala yang akan dihadapi pesakit adalah seperti demam, batuk, hilang selera makan, sakit otot, loya, sakit kepala dan muntah.

Langkah boleh diambil untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti virus Langya adalah dengan sentiasa menjaga kebersihan diri.

Namun, WHO tetap memberi amaran bahawa virus Langya masih berpotensi menyebabkan wabak seperti Covid-19.