- 0shares
- Telegram
- Facebook Messenger
Baru-baru ini, Sultanah Kelantan, Nur Diana Petra Abdullah membuat kemunculan pertama di Istana Negeri Kubang Kerian apabila berkenan menerima menghadap rombongan Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK).
Pada 2 Ogos lalu, Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda yang membawa gelaran Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah sebagai Sultanah Kelantan.
Baca juga:
- Tiada Lagi Saman Enggan Pakai Pelitup Muka Di Tempat Awam – KKM
- Jaminan Gaji Sehingga RM3,500 Dengan AirAsia Ride
Sejak diisytiharkan sebagai Sultanah Kelantan pada 2 Ogos lalu, ini adalah kali pertama isteri kepada Sultan Muhammad V berkenan menerima menghadap Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK) di Istana Negeri Kubang Kerian.
Rombongan PDPK tersebut diketuai oleh Presiden PKDK, Tengku Ramizan Tengku Abdul Aziz dan turut dihadiri, Tengku Sri Kelantan D’ Raja Kelantan, Datuk Seri Raja Rezza Shah; Tengku Kaya Perkasa Datuk Dr Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan beberapa ahli pertubuhan yang lain serta pegawai-pegawai Istana Kelantan.
Pada majlis itu, Sultanah Nur Diana Petra turut berkenan mengurniakan cenderamata kenangan kepada semua ahli rombongan yang hadir.
Selain itu, beberapa keping potret Sultanah Nur Diana Petra turut dimuat naik di laman sosial Facebook Unit Media Pejabat Sultan Kelantan sekaligus meraih perhatian ramai.
Warganet memuja keangunan Nur Diana Petra Abdullah, isteri kepada Sultan Kelantan terutama rakyat Kelantan.
Sumber: UTUSAN