Kemasukan Asrama Semai Bakti Felda Kini Dibuka


Permohonan Kemasukan Asrama Semai Bakti Felda Tingkatan 1 Tahun 2023 kini dibuka.

Jabatan Pembangunan Komuniti dan Generasi FELDA mengalu-alukan murid tahun 6 sesi persekolahan tahun 2022/2023 untuk membuat permohonan kemasukan ke tingkatan 1 Asrama Semai Bakti FELDA (ASBF) bagi pengambilan tahun 2023.

Baca juga:

Tarikh Permohonan Dibuka:


Permohonan dibuka mulai 1 Oktober 2022 hingga 1 November 2022.

Mata Pelajaran UKKP:

  • Matematik
  • Sains
  • Bahasa Inggeris
  • Sahsiah dan Keperibadian

Lokasi Senarai ASBF:

  • Asrama Semai Bakti FELDA Kuala Lumpur (ASBFKL).
  • Asrama Semai Bakti FELDA Johor Bahru (ASBFJB).
  • Asrama Semai Bakti Tun Razak Kuantan, Pahang.

Syarat Kelayakan:

Berikut adalah syarat-syarat untuk memohon:

  • Calon wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan Pelajar (UKKP) Asrama Semai Bakti FELDA (ASBF).
  • Calon wajib membawa salinan Laporan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang terkini dari sekolah masing-masing.
  • Generasi Baharu FELDA, anak Petugas FELDA/kumpulan FELDA.
  • Calon sihat tubuh badan dan boleh berdikari.
  • Bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum atau memegang jawatan kepimpinan di sekolah.
  • Mempunyai personaliti yang baik dan tiada rekod kesalahan disiplin.
  • Mendapat markah yang tinggi berdasarkan Ujian Kecenderungan Kemasukan Asrama Semai Bakti FELDA (ASBF).
  • Permohonan yang lengkap dan diterima sebelum tarikh tutup sahaja yang akan diproses

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian 03-2191 2057 /14 /58 atau emel ke [email protected].


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3