Kemaskini Tetapan Fungsi Trace Terkini Di Aplikasi MySejahtera

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu dalam pengawasan penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan.

Aplikasi MySejahtera kini mempunyai satu ciri tambahan yang dikenali sebagai MySejahtera Trace (MySJ Trace) bagi membolehkan pengesanan kontak rapat kepada kes positif jangkitan COVID-19.

Mengulas lanjut, Menteri Kesihatan berkata bahawa ciri ini menggantikan fungsi check out dan membolehkan pengesanan kontak rapat yang turut menggunakan ciri baharu yang sama.

Ini kerana ‘MySJ Trace’ yang menggunakan sistem Bluetooth akan memberi maklumat secara langsung bilangan interaksi dengan pengguna lain yang turut mengaktifkan ciri baharu berkenaan.

“Jika anda disahkan positif, anda boleh hantar data interaksi kepada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk proses pengesanan kontak dibuat. Semua data interaksi adalah tidak didedahkan,” katanya.

Beliau berkata menerusi ciri baharu itu, masyarakat digalakkan menggunakannya apabila ke tempat awam yang tertutup selain memaklumkan bahawa ciri mendaftar keluar yang terdapat dalam MySejahtera tidak lagi digunakan.

Khairy berkata ciri baharu berkenaaan juga telah dihantar serentak kepada Google, Apple dan Huawei untuk dikemas kini.

“Sudah boleh dikemas kini di Huawei. Untuk Google dan Apple masih menunggu mereka untuk menyenaraikan update (kemas kini) baharu ini,” katanya.

Cara Kemaskini:

Untuk mengemaskini tetapan fungsi ini di aplikasi MySejahtera, sila ikuti langkah berikut:

  1. Buka aplikasi MySejahtera.
  2. Paparan fungsi MySJ Trace akan dipaparkan seperti di bawah.
  3. Tekan butang MULA.
  4. Tekan butang SETUJU.
  5. Sila berikan kebenaran untuk mengaktifkan fungsi MySJ Trace.
  6. Tetapan ini akan memberi notifikasi sebaik sahaja fungsinya diaktifkan.

Baca juga: Walk-In Vaksin Dos Penggalak (Booster) MySejahtera

Maklumat Lanjut


Sila rujuk soalan lazim berkaitan fungsi MySejahtera Trace seperti dalam lampiran di bawah:

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://mysejahtera.malaysia.gov.my/intro/

 


Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3