Kemaskini Permohonan BKM Fasa 2 2022 kini boleh dibuat pada minggu ini sehingga 30 Jun 2022.
Kemaskini maklumat BKM ini adalah untuk penerima yang telah lulus status dan tidak membuat sebarang rayuan BKM.
Senarai Kandungan
Tujuan Kemas Kini BKM
Kemaskini maklumat Permohonan BKM 2022 adalah untuk membolehkan Permohonan BKM 2022 yang berstatus Lulus mengemaskini maklumat asas seperti maklumat berikut:
- Nombor telefon rumah
- Nombor Telefon Bimbit
- Alamat emel
- Nama dan Nombor Akaun Bank*
- Maklumat Perwakilan
*Terhad kepada akaun bank pemohon sekiranya status pembayaran BKM 2022 adalah Gagal Kredit atau Tunai sahaja
Tarikh Kemaskini Maklumat BKM
LHDN telah mengumumkan tarikh penerima Bantuan Keluarga Malaysia BKM untuk mengemaskini bagi fasa 2.
Tarikh kemaskini dibuka mulai 20 Jun 2022 sehingga 30 Jun 2022.
Selain itu, kemaskini untuk fasa seterusnya adalah pada 8 Julai 2022 sehingga 30 Julai 2022.
Diingatkan sekali lagi, Kemas kini maklumat ini adalah untuk penerima yang telah lulus status dan tidak membuat sebarang rayuan BKM.
Cara Kemaskini
Kemaskini maklumat peribadi anda di BKM boleh dibuat di pautan rasmi semakan BKM :
- Layari https://bkm.hasil.gov.my/
- Tekan Log Masuk
- Tekan Kemaskini Permohonan
- Masukkan No. MyKad dan tekan Semak.
- Isikan semua maklumat bertanda *
- Isi Kod Captcha dan klik Sahkan Captcha
- Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan
- Tekan butang Hantar bagi meneruskan permohonan
- Setelah permohonan berjaya dihantar, klik butang Cetak untuk simpan rekod permohonan
Maklumat Tambahan
Permohonan kemas kini maklumat asas BKM juga dibuka secara manual di cawangan LHDN berdekatan.
Sila download borang kemas kini maklumat permohonan BKM dan bawa ke cawangan LHDN untuk proses selanjutnya.
- Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747
- Hotline BKK MoF : 03 8882 4565
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
- e-Mel : [email protected]
Related Posts
- Cara Mohon Bantuan RM480 Untuk Suri Rumah Tahun 2022
- NASIONAL : Bantuan 1 Keluarga RM900 ~ Semakan & Agihan Bantuan Bermula September 2022
- Permohonan Rumah PPR Serendah RM124 Sebulan ~ Terbuka Untuk Seluruh Rakyat Malaysia
- Kemas Kini Maklumat Asas BKM 2022 Kini Dibuka ~ Ketahui Apa Yang Perlu Anda Lakukan
- BKM Fasa 3: Tarikh & Jumlah Bayaran Yang Perlu Anda Ketahui