Cara Kemaskini No Telefon KWSP | Proses OTP/ TAC


Cara kemaskini no telefon KWSP untuk pengeluaran KWSP 10K. Ramai sebelum ini mengalami masalah untuk tukar nombor telefon terutamanya ketika permohonan i-Citra, i-Lestari dan i-Sinar.

Jom kami kongsikan cara mengemaskini nombor telefon anda tanpa perlu ke kaunter KWSP.

Lebih 10 juta rakyat Malaysia
dan dapat BANTUAN KERAJAAN di sini!
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Kemaskini No Telefon KWSP

Terdapat 2 cara untuk menukar nombor telefon:


  1. Jawab soalan-soalan keselamatan
  2. Kemaskini / kemaskini nombor telefon terkini di kaunter / kiosk KWSP

Langkah Kemaskini No. Telefon Dalam Talian KWSP untuk Proses OTP / TAC

Sebagai langkah untuk mendaftar / mengemaskini nombor telefon TAC / OTP anda, anda diminta untuk datang ke kiosk KWSP berhampiran kerana ia melibatkan pengesahan MyKad dan cap ibu jari.

Sila cari lokasi kiosk yang dipautkan ini

https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks.


Walau bagaimanapun, anda juga boleh melakukannya terus di cawangan KWSP.

Berapa Lama Tempoh Kemas Kini?

Tempoh kemas kini dijangka mengambil masa kira-kira 24 jam dari masa kemas kini.

Bolehkah Permohonan Pengeluaran Khas Dibuat Tanpa Mengemaskini Nombor Telefon Baharu?

Boleh.


Tetapi anda perlu menjawab soalan keselamatan seperti di bawah.

nombor-telefon-bimbit-kwsp

Jawab soalan di atas dengan teliti dan betul.

Selepas menjawab, log masuk tanpa mengemaskini nombor telefon KWSP.


Semasa permohonan dibuat, anda boleh mengemas kini maklumat nombor telefon baharu.

Maklumat lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk saluran berikut:




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3