Kemaskini Maklumat Guru Secara Online Dengan eOperasi KPM


Sistem eOperasi adalah sebuah sistem pangkalan modul pengurusan guru yang dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Ia bertujuan bagi memudahkan tugas perguruan secara online.


Antara maklumat yang boleh diterima dan dikongsikan dalam sistem ini termasuklah tugasan kemaskini data, semakan status mereka apabila melakukan pertukaran lokasi dan tempat (semakan penempatan guru) melalui Borang Status Kedudukan Guru (BSKG) dan lain-lain lagi.

e-Operasi Modul Pengurusan Guru KPM:

Berikut dikongsikan cara login eOperasi, membuat kemaskini maklumat serta semakan penempatan guru secara online melalui sistem ini.

Login eOperasi KPM & Pendaftaran Pengguna:

Berikut adalah cara mendaftar dan login eOperasi KPM.


  1. Layari laman web rasmi e-Operasi di halaman https://eoperasi.moe.gov.my
  2. Log Masuk ke e-Operasi dengan memasukkan LoginID, Kata laluan, dan No. KP yang telah didaftarkan.
  3. Pengguna perlu mengisi ruangan ini dengan teliti supaya tiada masalah ketika log masuk ke sistem.
  4. Pastikan semua butiran adalah betul dan tepat terutama Nama, No. KP, No. Gaji, dan Emel.
  5. Kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu diingat oleh pengguna kerana medan ini diperlukan jika hendak menukar kata laluan.
  6. Klik butang SIMPAN untuk proses pendaftaran.
  7. Pengguna boleh terus ke ruangan LOG MASUK untuk menggunakan sistem dan butiran pendaftaran dihantar ke alamat emel yang telah diisi.
  8. Setelah membuat pendaftaran, pengguna boleh log masuk ke sistem dari LAMAN UTAMA dengan memasukkan butiran ID, Kata Laluan dan No. KP.

Nota: Paparan terbaik menggunakan pelayar (browser) Internet Explorer (IE) 7 ke atas, Mozilla Firefox 3.0.18 ke atas, atau Chrome dengan paparan 1024 x 768.

Kemaskini Maklumat Guru:

Antara maklumat yang perlu diisi dan dikemaskini adalah seperti berikut:

i. Maklumat Staf:


  • Maklumat pasangan.
  • Maklumat subjek ajar.
  • Maklumat akademik.
  • Maklumat ikhtisas.
  • Maklumat sejarah perkhidmatan.
  • Maklumat peribadi.
  • Maklumat perkhidmatan.
  • Maklumat pengirisian jawatan guru dan bukan guru.

ii. Maklumat Enrolmen:

  • Enrolmen ikut kelas.
  • Enrolmen ikut subjek.
  • Enrolmen ikut elektif.

iii. Anggaran Belanja Mengurus (ABM) Perjawatan:

  • Permohonan.
  • Semakan.
  • Kelulusan.
  • Analisis kelulusan / pelaksanaan.

iv. Borang Status Kedudukan Guru (BSKG):

  • Kedudukan guru.
  • Pengisian opsyen.
  • kurang / lebih mengikut opsyen.

v. Instrumen:

  • Penilaian program orientasi guru baru.
  • Penilaian seminar.

vi. Maklumat Subjek:

  • Analisis pemantauan.
  • Subjek Elektif.
  • MPV.
  • PAV.

Manual Pengguna:

Pautan Muat Turun Manual Pengguna juga disediakan bagi memudahkan pengguna.

Anda boleh memuat turun manual pengguna melalui pautan di SINI.

Maklumat Lanjut:

Untuk maklumat lanjut berkenaan eOperasi KPM, sila email kepada [email protected] atau guru-guru boleh login SPKPM bagi memudahkan urusan harian anda.




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3