Lupa Password (Kata Laluan) / ID i-Akaun KWSP : Cara Kemaskini


Cara Kemaskini Lupa Password (Kata Laluan) / ID i-Akaun KWSP

Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berumur di bawah 55 tahun boleh membuat permohonan pengeluaran i-Citra bermula 12 Julai 2021 melalui icitra.kwsp.gov.my, tiga hari lebih awal daripada tarikh asal.

Bagi memudahkan ahli mengemukakan permohonan dalam talian i-Citra, ahli dinasihatkan untuk memastikan nombor telefon bimbit mereka adalah sama seperti dalam rekod KWSP bagi urusan penerimaan One-Time Password (OTP), di samping mempunyai akaun bank yang masih aktif bagi pembayaran pengeluaran tersebut.

Pengeluaran i-Citra ini diperkenalkan selaras dengan pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (Pemulih) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 28 Jun 2021, sebagai inisiatif jangka masa pendek bagi membantu ahli yang terkesan dengan cabaran ekonomi akibat pandemik COVID-19, serta mengimbangi keperluan hari ini dan masa depan ahli.

Portal Malaysia ingin berkongsi cara kemaskini kata laluan i-akaun KWSP anda.

Baca Juga: i-Citra KWSP : Permohonan Pengeluaran RM5,000. Mohon Sekarang!

Lupa ID & Kata Laluan i-Akaun KWSP

Jangan risau jika anda terlupa ID atau Kata Laluan untuk log masuk ke i-Akaun KWSP anda.


Boleh ikuti langkah-langkah berikut untuk mengemaskini kata laluan anda.

Kenalin, Kucing Lucu Bernama Si Idoy
  1. Klik laman web https://secure.kwsp.gov.my/member/member/login untuk login bagi (ahli)
  2. Klik pada menu Lupa ID Pengguna / Kata Laluan
  3. Anda akan dibawa pada halaman seperti dalam gambar tangkap layar di bawah. Sila masukkan maklumat yang diperlukan dengan tepat.
  4. Klik Permohonan Nombor TAC anda.
  5. Masukkan nombor TAC yang diterima melalui SMS di telefon.
  6. Klik Seterusnya
  7. Masukkan Kata Laluan Baharu
  8. Klik Hantar

Anda akan dapat mengakses i-Akaun KWSP anda selepas ini.

Baca juga: GKP 3.0 Tambahan : Semak Baki RM500 PEMERKASA+ Mula Dikredit 8 Julai

Maklumat Lanjut

Bagi maklumat lanjut berkenaan i-Citra serta cara permohonan, ahli boleh merujuk laman komunikasi rasmi KWSP melalui saluran dibawah:

  1. Laman web rasmi KWSP di pautan www.kwsp.gov.my ATAU https://www.kwsp.gov.my/ms/i-citra 
  2. Ask ELYA (EPF Chatbot) di laman web rasmi KWSP
  3. Facebook rasmi KWSP : https://www.facebook.com/KWSPMalaysia
  4. Hotline i-Citra di talian 03-8922 4848
Disclaimers – Semua yang kami kongsikan dihalaman ini hanyalah panduan tutorial dan rujukan artikel berkaitan dengan “Lupa Password (Kata Laluan) / ID i-Akaun KWSP : Cara Kemaskini” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.



Leave a Comment