Kemas Kini Maklumat Asas Permohonan Lulus BKM 2022


Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) telah membuka semula skrin permohonan kemas kini maklumat asas penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2022) di laman portal MyBKM.

Permohonan kemas kini maklumat asas ini telah dibuka kepada beliau yang tidak mengemukakan permohonan rayuan BKM sebelum ini.

Penerima BKM yang ingin membuat kemas kini maklumat di nasihatkan untuk berbuat demikian sebelum tarikh tutup.


Tujuan Kemas Kini Maklumat BKM 2022

Pembukaan skrin kemas kini maklumat Permohonan BKM 2022 adalah untuk membolehkan Permohonan BKM 2022 berstatus Lulus mengemas kini maklumat asas penerima.

Tindakan kemas kini maklumat yang dibenarkan adalah seperti berikut;

  1. Nombor Telefon Rumah
  2. Nombor Telefon Bimbit
  3. Alamat e-Mel
  4. Maklumat Wakil

Bagi penerima BKM 2022 yang telah mengemukakan Permohonan Rayuan BKM boleh mengemaskini maklumat asas permohonan BKM 2022 mulai 10 Oktober 2022 (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa).


Kaedah Kemas Kini Maklumat

Kemas kini maklumat boleh dibuat seperti berikut:

  1. Secara dalam talian di Portal Rasmi BKM Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM), https://bkm.hasil.gov.my ; atau
  2. Penghantaran borang kemas kini di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran.

Anda digalakkan untuk membuat kemas kini secara dalam talian supaya lebih mudah, cepat dan selamat.

Cara Kemas Kini Maklumat Melalui Online

Sekiranya anda membuat Kemas kini melalui online https://bkm.hasil.gov.my;


  • Tekan log masuk MyBKM
  • Masukkan Nombor MyKad (12 Digit)
  • Klik Butang Semak
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan yang telah didaftarkan
  • Masukkan Kata Laluan yang telah didaftarkan
  • Klik Log Masuk
  • >> KLIK KEMASKINI MAKLUMAT ASAS PEMOHON
  • Buat pindaan pada maklumat yang ingin di kemas kini
  • Klik Simpan

Menu di atas hanyalah untuk mengemas kini maklumat asas yang dibenarkan dan tidak melibatkan perubahan pada kelulusan permohonan.

Borang Kemas Kini Maklumat

Borang kemas kini boleh dimuat turun melalui Portal Rasmi MyBKM 2022;

https://bkm.hasil.gov.my/Download/Borang/BK-02%20(Borang%20Kemas%20Kini%20Maklumat%20Permohonan%20BKM).pdf

atau boleh didapati di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC).


Borang juga boleh dimuat turun di bawah sekiranya anda menghadapi kesukaran melalui 2 kaedah di atas;

BK-02-Borang-Kemas-Kini-Maklumat-Permohonan-BKM

Tempoh permohonan Kemaskini Maklumat Asas bagi penerima BKM 2022 yang tidak mengemukakan Permohonan Rayuan BKM adalah seperti berikut:


  • Mulai 12 September 2022 sehingga 29 September 2022*.
  • Mulai 10 Oktober 2022 sehingga 30 Oktober 2022*.

*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa

Tempoh kemas kini maklumat dibuka secara berkala pada tarikh yang ditetapkan sahaja seperti tarikh di atas.

Maklumat wakil baharu akan dikemas kini dan diserahkan kepada BSN pada setiap akhir bulan. Wakil boleh hadir ke BSN bagi tujuan pembayaran bayaran BKM 2022 atau tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BKM 2022 berdasarkan jadual di bawah


Wakil boleh hadir ke BSN bagi tujuan pembayaran bayaran BKM 2022 atau tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BKM 2022 berdasarkan jadual di bawah:

Sumber: Portal MyBKM

Soalan Lazim (FAQ)

Apakah tujuan kemas kini?

Bagi membenarkan Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia 2022 yang berstatus Lulus untuk membuat kemas kini maklumat asas terhad berikut:
1. Nombor Telefon Rumah
2. Nombor Telefon Bimbit
3. Alamat e-Mel
4. Maklumat Wakil

Bagaimana Cara Kemas Kini?

1. Secara online di portal MyBKM https://bkm.hasil.gov.my ; atau
2. Penghantaran borang kemas kini di Cawangan LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran.

Bilakah tempoh kemas kini?

1. mulai 12 September 2022 sehingga 29 September 2022.*
2. mulai 10 Oktober 2022 sehingga 30 Oktober 2022.*




Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3