Kemas Kini Maklumat Asas BKM 2022 Kini Dibuka ~ Ketahui Apa Yang Perlu Anda Lakukan


Kemas Kini Maklumat Asas BKM 2022 Kini Dibuka ~ Ketahui Apa Yang Perlu Anda Lakukan

Untuk mengingatkan kembali kepada anda, skim Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah satu bentuk bantuan kewangan daripada kerajaan yang telah diperkenalkan di bawah Belanjawan 2022 seperti mana diumumkan di Dewan Rakyat yang lalu.

Mengikkut statistik, bantuan ini dijangka sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban kewangan yang ditanggung rakyat. Sebelum ini, pembayaran BKM Fasa 1 dan 2 telahpun berlangsung pada bulan Mac dan Jun lalu. Kali ini, rakyat sedang menantikan BKM fasa 3 pula.



Kemas Kini Maklumat Asas

Terhad kepada kemas kini maklumat wakil dan akaun bank sahaja.

Tempoh pembukaan semula skrin Kemas Kini Maklumat Asas bagi permohonan berstatus Lulus dan tidak mengemukakan Permohonan Rayuan BKM 2022 adalah seperti berikut:

  • mulai 20 Jun 2022 sehingga 30 Jun 2022
  • mulai 08 Julai 2022 sehingga 29 Julai 2022
  • mulai 10 Ogos 2022 sehingga 30 Ogos 2022

*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa


Permohonan Kemas Kini Maklumat Asas BKM 2022 dibuka secara dalam talian atau manual di cawangan LHDNM berdekatan. Sila klik untuk memuat turun borang Kemas Kini Maklumat Permohonan BKM 2022.

Sila klik untuk Soalan Lazim (FAQ) Kemas Kini Maklumat Permohonan BKM.


Kategori Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 3

1) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah.

Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500:


  • Jumlah anak 0: RM200
  • Jumlah anak 1-2: RM300
  • Jumlah anak lebih 3: RM400

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000:

  • Jumlah anak 0: RM100
  • Jumlah anak 1-2: RM100
  • Jumlah anak lebih 3: RM100

2) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas.

Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500:

  • Jumlah anak 0: RM500
  • Jumlah anak 1-2: RM600
  • Jumlah anak lebih 3: RM700

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000:


  • Jumlah anak 0: RM400
  • Jumlah anak 1-2: RM400
  • Jumlah anak lebih 3: RM400

3) Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon.

Pendapatan Isi Rumah RM0 – RM2,500:

  • Jumlah anak 1-2: RM800
  • Jumlah anak lebih 3: RM900

Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000:

  • Jumlah anak 1-2: RM600
  • Jumlah anak lebih 3: RM600

4) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawa

  • Bayaran BKM Fasa 3: RM150

5) Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

  • Bayaran BKM Fasa 3: RM150



Hi, Boleh Bantu Share ? Thank You <3