Tular di media sosial mengenai kemalangan yang berlaku malam tadi, di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Alam yang melibatkan 10 individu termasuk 8 kanak-kanak maut dalam kemalangan melibatkan empat kenderaan.
Menerusi laporan berita, mangsa maut melibatkan seorang lelaki dan seorang wanita, dan selebihnya merupakan lima kanak-kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan.
Kejadian kemalangan tersebut dikatakan terjadi apabila sebuah lori treler merempuh tiga buah kereta yang berhenti di lorong kecemasan kerana terdapat kereta yang rosak di lorong kecemasan.
Semua pihak berkuasa berkaitan di bawah MOT termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang menyiasat kejadian tersebut secara terperinci untuk mengenal pasti faktor yang menyebabkan kemalangan tragis itu berlaku.
Laporan daripada penyiasatan ini, termasuk laporan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA) JPJ akan diserahkan secepat mungkin kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) untuk tindakan lanjut di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).
Difahamkan, sembilan daripada mangsa itu adalah satu keluarga iaitu seorang wanita dan lapan anaknya termasuklah ibu kepada Faiz dan 8 daripadanya merupakan adik-beradik Faiz.
Faiz, 14, merupakan anak kepada mangsa kemalangan, iaitu Norul Naziah, tidak dapat menahan kesedihan apila telah kehilangan ibu dan lapan adik-beradiknya serentak dalam kemalangan tersebut.
Tidak menyangka bahawa kelmarin adalah merupakan pertemuan terakhir bersama dengan ibu dan adik beradiknya yang mana kemalangan yang berlaku jam 11.45 malam tadi telah meragut nyawa ibu Faiz, Norul Naziah Buyong, 37, bersama lapan adik-beradiknya yang lain selepas Proton Wira yang dinaiki keluarganya terperosok di bawah sebuah treler.
Kereta yang dipandu keluarganya rosak selepas dimasuki air akibat dari hujan lebat dan banjir semasa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri kenduri kahwin di Melaka.
Suami kepada Norul Naziah, Abd Razak Majit, 50 tahun terselamat dalam kemalangan itu dan tiga mangsa lain hanya mengalami kecederaan.
Merasa sangat sedih dan berdukacita dengan berita tentang kemalangan pemergian keluarga ini. Semoga adik Faiz dan ayahnya kuat dengan ujian yang melanda mereka. Semoga mangsa-mangsa kejadian ini ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Salam takziah diucapkan buat Faiz sekeluarga.
Pihak bomba menerima panggilan pada jam 11.42 malam dan seramai 12 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan BBP Puchong pergi ke lokasi kejadian untuk menyalurkan bantuan dan operasi telah ditamatkan pada jam 2.40 pagi.
Sebuah peralatan khas dan kren telah digunakan untuk mengeluarkan mangsa dan mengangkat tren yang terlibat. 10 mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurut Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, kejadian tersebut melibatkan sebuah treler, dua buah Proton Wira dan sebuah Perodua Axia .