Home » KWSP » Syarat & Cara Keluarkan Duit KWSP Untuk Pembelian Rumah Online 2021

Syarat & Cara Keluarkan Duit KWSP Untuk Pembelian Rumah Online 2021

Mohon Pengeluaran KWSP Untuk Beli Rumah

Sekarang lepas PKP ramai yang ingin membeli rumah tapi nak bayar bayaran pendahuluan pun mungkin ada yang tidak mampu terutama yang masih baru bekerja.

Untuk Makluman, ramai yang masih tidak tahu bahawa kita boleh buat pengeluaran KWSP khusus untuk pembelian rumah tanpa menunggu usia 50 sehingga 55 tahun.

Syarat Kelayakan

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join Telegram Rasmi Bantuan Kerajaan

Warganegara Malaysia; atau warganegara Malaysia yang pernah membuat Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan dah pilih untuk menyumbang balik pada KWSP; atau

Bukan Warganegara Malaysia yang:

  • Dah jadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998.
  • Dah dapat status penduduk tetap (PR) Malaysia.
  • Belum sampai umur 55 tahun masa KWSP terima permohonan anda.
  • Kena ada baki simpanan minimum RM500 dalam Akaun 2.
  • Hartanah yang nak dibeli tu untuk kediaman je.

Baca juga: 16 Cara Pengeluaran Wang Selain i-Citra & i-Sinar KWSP

Permohonan kena buat dalam masa 3 tahun lepas tandatangan SPA.

Anda sudah mengeluarkan caruman untuk perumahan sebelum ini atau hartanah dibeli dengan caruman sudah dijual / dilupuskan

Pinjaman anda diluluskan oleh pembiayaan diiktiraf atau pembiayaan sendiri

Dokumen Yang Diperlukan

Sila sediakan dokumen secara softcopy/hardcopy.

  • Borang pengeluaran KWSP [Borang KWSP 9C(AHL)].
  • Salinan original SPA.
  • Salinan pengenalan (myKad atau passport).
  • Salinan surat kelulusan pinjaman dari pembiaya anda.
  • Info akaun bank, dalam bentuk buku simpanan atau penyata bank.

Bukti perhubungan (ini untuk korang yang buat join loan, korang kena sertakan sekali surat penerangan kena beli secara join loan)

Baca juga: Cara Kemaskini No Telefon KWSP Secara Online/ Kiosk (OTP/ TAC)

Permohonan pengeluaran secara online atau bersemuka

Lebih mudah jika anda membuat permohonan secara online menerusi apps I-Akaun.

Bagi permohonan secara bersemuka ni, sila dapatkan kepastian dengan pihak KWSP jika perlu appointment dahulu atau boleh walk-in sebelum permohonan pengeluaran KWSP ini.

Berapa lama proses pengeluaran KWSP ni?

Proses akan mengambil masa 21 hari waktu bekerja.

Untuk maklumat lanjut, dila layari laman web rasmi KWSP.

Penafian – Semua artikel admin kongsikan dihalaman ini hanyalah panduan tutorial dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Syarat & Cara Keluarkan Duit KWSP Untuk Pembelian Rumah Online 2021” sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berasaskan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes