Home » Tips/Petua » Cara Keluarkan Duit Di ATM Tanpa Kad, Jika Anda Terlupa Kad Bank

Cara Keluarkan Duit Di ATM Tanpa Kad, Jika Anda Terlupa Kad Bank

Keluarkan Duit Di ATM Tanpa Kad, Jika Anda Terlupa Kad Bank

Adakah anda tahu bahawa pengeluaran duit melalui mesin ATM boleh dibuat tanpa menggunakan kad? Jangan risau, perbuatan ini sangat selamat dan amat berguna ketika dalam kecemasan.

Untuk pengetahuan anda, Maybank merupakan bank yang mempunyai perkhidmatan Cardless Withdrawal dimana membolehkan pelanggan Bank ini untuk melakukan pembayaran pindahan dana secara peribadi dengan mudah.

Perkhidmatan Pengeluaran Tanpa Kad ini membolehkan pengguna Maybank2u untuk melakukan pemindahan dana ke mana-mana nombor telefon bimbit Malaysia. Setelah pemindahan selesai, penerima akan menerima kod selamat melalui SMS untuk melakukan transaksi pengeluaran tanpa kad di mana-mana Mesin ATM Maybank di Malaysia tanpa perlu kad ATM.

Kami dari Portal Malaysia ini berkongsi cara keluarkan duit tanpa kad.

Baca Juga : BKC Fasa 1 – Tarikh Rasmi & Bayaran Sehingga RM500

Adakah cara ini selamat untuk digunakan? Jawapannya ia SELAMAT. Mungkin anda masih tidak percaya dengan perkhidmatan ini.

Untuk pengguanaan perkhidmatan ini pengguna harus mengisi maklumat butiran dan akan mendapat kod keselamatan dan limit transaksi ini telah ditetapkan hanya RM300 sahaja untuk setiap hari.

Cara Keluarkan Duit Di ATM Maybank Tanpa Guna Kad Bank

Baca Juga : Senarai Bantuan Perniagaan 2021: Modal Perniagaan Syarikat Daripada Kerajaan

Boleh ikuti gambar step by step di bawah ini ya:

Mula-mula pastikan anda ada Maybank2u Apps seperti di bawah ini.

Selepas itu boleh tekan ikon ‘Mobile’ di penjuru kanan bawah.

Boleh pilih transaksi ‘Cardless ATM Withdrawal’.

Isi nama dan butiran lanjut seperti di bawah:

Selepas itu, anda boleh pilih berapa amaun yang anda ingin keluarkan.

Anda akan menerima notifikasi seperti dibawah.

Setelah anda berada di ATM, anda akan menerima ID/KOD, boleh ikut 2 langkah mudah ini:

  1. Masukkan ID 16 digit yang anda terima
  2. Masukkan kod 6 digit di mesin ATM

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut tentang Cardless Withdrawal dengan Maybank, boleh rujuk laman web rasmi Maybank Malaysia di sini: https://www.maybank2u.com.my/maybank2u/malaysia/en/personal/services/funds_transfer/local/Cardless_withdrawal.page?

Penafian – Bahan yang kami kongsikan dihalaman ini hanyalah panduan dan ringkasan artikel related dengan “Cara Keluarkan Duit Di ATM Tanpa Kad, Jika Anda Terlupa Kad Bank” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!