Home » Portal Rasmi » Cara Keluarkan Duit ASB Online, Tidak Perlu Pergi Ke Bank

Cara Keluarkan Duit ASB Online, Tidak Perlu Pergi Ke Bank

Musim PKP ini ramai yang memerlukan bantuan kewangan, ada diantara anda yang mungkin terpaksa mengeluarkan duit ASB anda untuk kelangsungan hidup.

Musim PKP ini pula ramai tengah stuck sebab malas nak bersesak di kaunter bank. Ada sesetengah cawangan yang tutup, bank pula sentiasa penuh dengan manusia kan?

Portal Malaysia ingin berkongsi cara pengeluaran duit ASB secara online.

Baca Juga: i-Citra KWSP : Permohonan Pengeluaran RM5,000. Mohon Sekarang!

Cara Keluarkan Duit ASB Online Melalui Portal myASNB

Lihat langkah-langkah keluarkan duit asb online di bawah:

  1. Daftar sebagai pengguna jika anda pertama kali menggunakan Portal myASNB ini.
  2. Tekan DAFTAR & isikan maklumat pengguna
  3. Login seperti biasa bila dah daftar. Masukkan ID & KATA LALUAN.
  4. Klik pada menu PORTFOLIO
  5. Klik pada butang TRANSAKSI (rujuk gambar di bawah)
  6. Pilih pada JUALAN BALIK
  7. Baca & fahamkan notis PENGISYTIHARAN.
  8. Masukkan jumlah berapa RM yang anda ingin keluarkan duit ASB.
  9. Tandakan ✓ pada kotak Pengesahan.
  10. Tekan pada butang TERUSKAN
  11. Klik PERMINTAAN TAC & anda akan menerima SMS dengan nombor TAC.
  12. Masukkan nombor TAC yang anda terima itu.
  13. Pengesahan transaksi yang berjaya akan dipaparkan di skrin.
  14. Jumlah wang yang dikeluarkan akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda dalam masa 2-3 hari bekerja.
  15. Selesai!

NOTA: Sebelum mendaftar, pemegang unit yang belum mengemaskini nombor telefon, perlu berbuat demikian terlebih dahulu di mana-mana cawangan atau ejen ASNB. Sila bawa bersama kad pengenalan anda untuk tujuan pengesahan diri anda.

*Rujuk langkah bergambar di bawah:

Maklumat Tambahan Tentang Pengeluaran ASB Online

Had Pengeluaran ASB Online

  • Had maksimum pengeluaran yang dibenarkan ialah RM1000 sahaja untuk sebulan, terkumpul dari mana-mana akaun unit amanah ASNB pemegang unit.
  • Jumlah minimum untuk sekali pengeluaran ialah RM100.
  • Jumlah transaksi dibenarkan sebanyak 3 kali sahaja sebulan.
  • Pemegang unit hanya dibenarkan mengeluarkan wang dari akaun sendiri sahaja.

*Untuk mengeluarkan wang dalam jumlah lebih besar, pemegang unit boleh berbuat demikian di Cawangan atau Ejen ASNB. Had maksimum pengeluaran RM1,000.00.

Baca Juga: Lupa Password (Kata Laluan) / ID i-Akaun KWSP : Cara Kemaskini

Waktu Urusniaga

Waktu urus niaga sedia ada myASNB seperti berikut:

  • Unit Amanah Harga Tetap: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 6.00 petang
  • Unit Amanah Harga Berubah: Isnin – Ahad, 7.00 pagi – 4.00 petang

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut pengeluaran ASB online atau cara keluarkan duit ASB di bank dan kaunter.

Sebarang pertanyaan boleh disalurkan ke hotline Pusat Khidmat Pelanggan ASNB di talian 03 – 7730 8899 atau e-mel [email protected]

Semoga perkongsian ini berguna untuk anda.

Disclaimers – Semua artikel portalamalaysia share dihalaman ini sekadar panduan tutorial dan ringkasan artikel related dengan “Cara Keluarkan Duit ASB Online, Tidak Perlu Pergi Ke Bank” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, segala hebahan berpandukan sumber official dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes