Beberapa buah hantaran dari netizen Indonesia telah mendakwa bahawa keluarga YouTuber sensasi Atta Halilintar didakwa mengikut ajaran sesat, Darul Arqam.
Desas- desus tersebut berlaku apabila orang tua selebriti itu masih belum merancang untuk pulang ke negara mereka walaupun pandemik sudah berakhir.
Atta tidak hanya berdiam diri tentang khabar angin tersebut. Dia tampil dan menyangkal fitnah yang di tabur oleh netizen.
“Kalau tentang itu saya tidak tahu kerana dari kecil yang diajar dengan perkara yang baik-baik,”
“Mengasihi orang, mengasihi keluarga, orang tua, budi pekerti dan etika dalam hidup. Tak tahu ajaran yang tidak baik itu dari mana,” katanya menerusi YouTube Intens Investigasi.
Keluarga Gen Halilintar memang sudah lama meninggalkan Indonesia Sejak pandemik virus Covid-19 muncul pada 2020 yang lalu.