Kelonggaran SOP Sekolah & Institusi Pendidikan KPM Terkini


Kelonggaran SOP Sekolah & Institusi Pendidikan KPM Terkini

IMBASAN KOD QR MYSEJAHTERA

Tidak diwajibkan apabila memasuki premis institusi pendidikan.

PELITUP MUKA

Wajib dipakai ketika berada di ruangan tertutup dalam premis sekolah.

Kelonggaran diberikan jika:

  1. Bersendirian
  2. Semasa mengajar di hadapan kelas
  3. Semasa aktiviti sukan dan rekreasi termasuk aktiviti pendidikan jasmani
  4. Kanak-kanak berusia 5 tahun dan ke bawah
  5. Individu berkeperluan khas
  6. Individu mempunyai masalah pernafasan (Perlu mengemukakan laporan perubatan)

Digalakkan memakai pelitup muka jika:

  1. Berada di luar bangunan dan kawasan terbuka di dalam premis sekolah
  2. Sedang melakukan aktiviti secara berkumpulan

PENJARAKAN FIZIKAL

  • Tiada lagi penjarakan fizikal, namun digalakkan dalam keadaan tidak memakai pelitup muka.

UJIAN KENDIRI COVID-19

  • Dilaksanakan jika bergejala.

PENGURUSAN MURID BERGEJALA DAN POSITIF COVID-19

  • Mengasingkan murid di bilik isolasi.

Manjalankan ujian kendiri:

  1. Jika negatif, murid boleh mengikuti pembelajaran tetapi perlu memakai pelitup muka
  2. Jika positif, guru perlu menghubungi ibu bapa untuk menjemput anak mereka dari institusi pendidikan masing-masing

MAKAN DI KANTIN / KAFETERIA

Guru, murid dan seluruh warga institusi pendidikan dibenarkan makan di kantin / kafeteria.

Waktu rehat berperingkat boleh dilaksanakan sekiranya perlu.

AKTIVITI SUKAN & KOKURIKULUM

Semua aktiviti sukan dan kokurikulum termasuk penganjuran pertandingan / kejohanan di dalam / luar sekolah dibenarkan.

Murid / guru / jurulatih yang bergejala tidak dibenarkan sertai aktiviti sukan / kokurikulum.

PENGURUSAN SURAU / MASJID

  • Penjarakan fizikal mengikut Pihak Berkuasa Agama Negeri

PENGURUSAN ASRAMA

  1. Hanya murid yang sihat / tidak bergejala sahaja dibenarkan kembali ke asrama.
  2. Murid yang bergejala dibenarkan mendaftar namun perlu menjalani ujian kendiri COVID-19.

MELAWAT ANAK DI ASRAMA

  • Dibenarkan

PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH


  • Digalakkan memakai pakaian seragam sekolah
  • Wajib memakai pakaian sekolah 12 Jun 2022

Maklumat Lanjut

Sidang media khas berkaitan kelonggaran pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM

Disclaimers – Bahan artikel kami share dihalaman ini merupakan panduan dan rujukan yang related dengan “Kelonggaran SOP Sekolah & Institusi Pendidikan KPM Terkini” sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia