Home » Pendidikan » Kelab Belia Negeri Sabah Lancar Program Empower

Kelab Belia Negeri Sabah Lancar Program Empower

Permohonan GERAN penganjuran program untuk kelab BELIA di Sabah kini dibuka!

Pihak Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKEBS) – Kementerian Belia dan Sukan Sabah (KBSS) membuka Permohonan GERAN Program kepada Kelab Belia di Sabah melalui program EMPOWER.

Geran program akan diberikan kepada kelab belia Sabah yang mempunyai cadangan program yang dapat memberi manfaat kepada belia Sabah dan telah melengkapkan permohonan.

Untuk makluman, Program Empower merupakan geran yang diberikan kepada kelab belia Sabah yang mempunyai cadangan program yang dapat memberi manfaat kepada belia negeri tersebut.

Program ini dilaksanakan oleh Pihak Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKEBS) di bawah Kementerian Belia dan Sukan Sabah yang dibuka permohonannya mulai 1 Januari 2022.

Oleh itu, kelab belia di Negeri Sabah yang berminat boleh membuat permohonan dengan segera.

Nota: Rujuk poster untuk syarat kelayakan dan proses permohonan

Tarikh Permohonan:

Permohonan dibuka bermula: 1 Januari 2022.

Syarat Kelayakan:

Syarat kelayakan pembiayaan geran ini yang mesti dipenuhi oleh pemohon adalah seperti berikut:

Adakah Anda Penerima Bantuan? Jika Ya, Sila Like Page Ini Dahulu.
  1. Kelab/Pertubuhan Belia yang bernaung dibawah Majlis Belia Sabah melalui:
    – Badan Gabungan Negeri.
    – Gabungan Majlis Belia Daerah.
    – Majlis Belia Daerah.
  2. Mempunyai rekod MYKD berstatus lengkap sekurang-kurangnya 2 tahun berturut-turut.
  3. Mengisi maklumat dan memuat naik dokumen yang diperlukan didalam sistem dengan lengkap.
  4. Menepati kriteria lain yang telah ditetapkan.

Kategori Pembiayaan Geran:

Terdapat 3 kategori pembiayaan geran menerusi Program Empower ditawarkan iaitu:

  • Permohonan bawah RM5,000.
  • Permohonan tepat RM5,000.
  • Permohonan atas RM5,000.

Syarat Khusus:

Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat khusus berdasarkan kategori geran iaitu:

i) Permohonan bawah RM5,000.

  1. Program berskala kecil dan berimpak rendah terhadap pembangunan belia.
  2. Tidak mempunyai kerjasama dengan mana-mana agensi ataupun NGO lain.
  3. Program berbentuk ‘one-off’.

ii) Permohonan tepat RM5,000.

  1. Projek yang dirancang bersifat holistik dari semua aspek pembangunan belia seperti peluang ekonomi dan keusahawanan, kesukarelawanan, pendidikan dan lain-lain.
  2. Mempunyai lebih 2 badan kerjasama sama ada agensi kerajaan ataupun Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar secara sah
  3. Program tidak bersifat ‘one-off’ tetapi hendaklah secara bersiri ataupun berterusan sekurang- kurangnya dua siri.

iii) Permohonan atas RM5,000.

  1. Program yang berimpak tinggi dan impaknya bersifat rentas daerah.
  2. Wakil daripada kelab hendaklah membuat persembahan secara atas talian atau offline kepada paneli penilai (IKEBS dan MBS) untuk dipertimbangkan.
  3. Sekiranya berjaya meyakinkan panel, maka panel berhak menentukan jumlah yang perlu diberikan.

Cara Memohon:

Untuk membuat permohonan, sila ikuti langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Layari laman web https://ikebs.my/empower/syarat-kelayakan.
  2. Klik butang ‘Mohon Geran.’
  3. Masukkan No Kad Pengenalan diikuti dengan butang ‘Semak.’
  4. Jika ID Pengenalan belum didaftarkan, sila klik perkataan ‘Sila Daftar Akaun di YMS.’
  5. Klik butang ‘Register’ dan isi maklumat yang diperlukan.
  6. Log masuk dengan memasukkan email dan kata laluan.
  7. Klik bahagian ‘Programs’ diikuti dengan pilih ‘Empower.’
  8. Lengkapkan permohonan dengan betul.
  9. Muat naik kertas kerja program yang ingin dipohon.

Hantarkan kertas kerja program dan mohon melalui pautan:
🔗 https://ikebs.my

Maklumat Lanjut:

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pihak Kementerian Belia dan Sukan Sabah di talian 019-320 3016 atau emel ke [email protected].

Disclaimers – Semua artikel portalamalaysia share dihalaman ini merupakan panduan dan rujukan ringkasan yang berkaitan dengan “Kelab Belia Negeri Sabah Lancar Program Empower” sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala hebahan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!