Home » Bantuan » Cara Mohon KedahCare Bantuan Terjejas COVID-19

Cara Mohon KedahCare Bantuan Terjejas COVID-19

KedahCare Bantuan Terjejas COVID-19 2021

Orang ramai di Negeri Kedah yang terjejas akibat pandemik COVID-19 boleh membuat permohonan bantuan menerusi portal KedahCare dengan mudah.

Untuk makluman anda, KedahCare merupakan inisiatif kerajaan Negeri Kedah untuk memudahkan penyaluran bantuan kepada rakyat Kedah yang terkesan semasa pandemik Covid-19 ini.

Portal ini juga melibatkan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dengan kerjasama Zakat dan NGO bagi tujuan penyaluran bantuan dengan lebih cepat.

Oleh itu, orang ramai di Negeri Kedah yang terjejas akibat COVID-19 boleh memohon bantuan melalui portal KedahCare ini.

Portal Malaysia ingin berkongsi maklumat tentang permohonan kedahCare dengan anda semua.

Mengenai KedahCare

KedahCare merupakan portal yang dibangunkan bagi mendapatkan data rakyat yang terkesan dengan krisis pandemik COVID-19 dan penyaluran bantuan dapat dibuat dengan segera.

Selain itu, portal ini juga berperanan untuk mengumpulkan maklumat NGO/perseorangan bagi mereka yang ingin menyalurkan bantuan supaya kerajaan negeri boleh menguruskan program bantuan dengan lebih sistematik dan berkesan.

Semua maklumat dan bantuan yang diterima akan disalurkan oleh PKOB kepada orang ramai yang memohon di setiap daerah.

Baca juga: Cara Pendaftaran Program Jaringan Prihatin B40 Dilanjutkan: RM300 Peranti Dan RM180 Data

Bank Makanan

  • Portal ini memudahkan orang ramai yang ingin mendapatkan makanan di Bank Makanan yang diwujudkan di negeri Kedah.
  • Orang ramai boleh merujuk portal ini untuk melihat lokasi Bank Makanan yang terdekat untuk mereka mendapatkan makanan sekiranya mereka memerlukan.
  • Lokasi Bank Makanan yang disenaraikan adalah melibatkan setiap daerah di Negeri Kedah, agensi kerajaan, dan Petronas yang terlibat.

Nak jadi orang pertama yang mohon BANTUAN KERAJAAN?
Join WhatsApp Rasmi Bantuan Kerajaan :
Klik Sini

Cara Memohon/Memberikan Bantuan

Bagi orang ramai yang ingin memohon bantuan atau ingin memberikan bantuan melalui portal KedahCare, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Sila layari laman web rasmi https://kedahcare.kedah.gov.my/.
  2. Klik pada paparan sama ada ingin memohon atau memberikan bantuan.
  3. Jika anda ingin memohon bantuan, klik bahagian ‘Daftar Pengguna Mohon Bantuan’ atau jika ingin memberikan bantuan, klik bahagian ‘Daftar Pengguna Beri Bantuan.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan & klik pada butang ‘Daftar.’
  5. Log masuk dengan memasukkan id pengguna & kata laluan.
  6. Setelah berjaya masuk, isi maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan permohonan.

Baca juga: GKP 4.0 [September 2021]: Semakan Dan Permohonan Geran Khas Prihatin

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai portal KedahCare, anda boleh hantar email pada [email protected]

Disclaimers – Bahan yang portalamalaysia share diatas merupakan panduan tutorial dan rujukan artikel related dengan “Cara Mohon KedahCare Bantuan Terjejas COVID-19” ini sahaja. portalamalaysia tidak ada kaitan dengan agensi kerajaan atau mana-mana company yang berkaitan dengannya, semua rujukan berasaskan sumber rasmi dan betul-betul sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!