Kecewa Tidak Dapat Makan Babi Sewaktu Piala AFF Luah Jurulatih Vietnam


Vietnam kecewa kerana pasukannya tidak mendapat kesempatan memakan daging babi selama Piala AFF 2020 (2021) di Singapura.

Ketuajurulatih Vietnam Park Hang Seo melaporkan kepada sebuah akbar setelah tiba di Singapura pada Rabu yang lepas setelah menjalani perlawanan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022.

Walaupun tiba awal di Singapura, mereka tidak mendapat apa yang mereka inginkan semasa berada di Singapura.

Dalam sidang media sewaktu menjelang permulaan Piala AFF 2020 itu, beliau mendedahkan kekangan makanan yang mereka peroleh di Piala AFF.

“Hari ini saya bertemu dengan pemain. Selain keletihan secara fizikal, mental dan psikologi pemain juga semakin lelah.

“Harus hidup dengan perjalanan terbatas, dan makan minum juga bermasalah,” katanya.

Menurutnya, salah satu kekecewaan Vietnam adalah soal makanan di Piala AFF yang diungkapkan pelatih asal Korea Selatan itu adalah tidak dapat makan daging babi.


“Vietnam suka makan babi, sampai ke hari ini kami semua harus makan ayam. Saya fikir urusetia harus lebih fleksibel dan mengatur makanan lebih tepat,” katanya.

Disclaimers – Semua yang admin kongsikan diatas merupakan panduan tutorial dan rujukan ringkasan artikel berkaitan dengan “Kecewa Tidak Dapat Makan Babi Sewaktu Piala AFF Luah Jurulatih Vietnam” ini sahaja. kami tidak ada kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, segala rujukan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.



Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!

Portal Malaysia