KEBENARAN RENTAS NEGERI DIJANGKA 2-3 MINGGU LAGI
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 hari ini bersetuju memberi kebenaran RENTAS NEGERI & pembukaan semula pusat pelancongan apabila kadar vaksinasi negara mencapai 90% populasi dewasa.
Menurut DS Ismail Sabri di laman sosial rasmi Facebook, beliau memahami bahawa ramai yang sudah tidak sabar untuk pulang ke kampung berjumpa dengan keluarga setelah sekian lama.
Tambah beliau lagi, sasaran 90% ini akan dijangka dapat dicapai dalam masa 2-3 minggu sahaja lagi.
Baca juga: BMT 2021: Permohonan & Semakan Bantuan Musim Tengkujuh RISDA 2021
3 Negeri Yang Diberi Kebenaran Beralih Ke Fasa Seterusnya
Tiga negeri iaitu Johor, Pahang & Negeri Sembilan juga telah diberi kebenaran untuk beralih ke fasa yang seterusnya.
Selain itu, bermula esok, operasi premis perniagaan seperti kedai runcit, restoran, stesen minyak & kedai serbaneka dipanjangkan bermula dari jam 6 pagi sehingga 12 malam.
Berikut adalah kenyataan penuh beliau:
Berikut adalah intipati yang diumumkan pada sidang media yang lalu:
Dalam akhir ucapan beliau, turut ditegaskan bahawa dalam usaha ini, kita juga hendaklah sentiasa ingat dan saling menjaga keselamatan diri & Keluarga di Malaysia.
Kelonggaran yang kita capai sehingga hari ini adalah hasil pengorbanan kita semua bersama.
Sumber: Facebook DS Ismail Sabri
Baca juga: Portal Vaksin Anakku: Pendaftaran Kanak-kanak Bawah 18 Tahun / PICK Remaja
Related Posts
- SPA Buka Pengambilan 785 Jawatan Kosong Terkini Seluruh Malaysia ~ Minima SPM Layak Mohon! / Gaji RM1,500 – RM4,005
- Permohonan Rumah PPR Serendah RM124 Sebulan ~ Terbuka Untuk Seluruh Rakyat Malaysia
- Wang Tak Dituntut – Ramai Yang Dah Buat Tuntutan eGumis ~ Wang Milik Anda Yang Anda Tidak Sedari
- BKM Fasa 3: Tarikh & Jumlah Bayaran Yang Perlu Anda Ketahui
- Semak Kelayakan Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) Melalui Portal e-Kasih