Home » Portal Rasmi » Kaunter JPJ Malaysia Kini Beroperasi Pada Hujung Minggu (9.00am – 1.00pm)

Kaunter JPJ Malaysia Kini Beroperasi Pada Hujung Minggu (9.00am – 1.00pm)

KAUNTER JABATAN PENGANGKUTAN JALAN (JPJ) MALAYSIA BEROPERASI PADA HUJUNG MINGGU

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan bahawa kaunter pejabat JPJ bakal dibuka pada setiap hujung minggu mulai 13 Ogos 2021.

Perkara ini tentunya akan memudahkan lebih ramai pelanggan untuk berurusan di kaunter JPJ, contohnya bagi urusan memperbaharui lesen memandu, cukai jalan dan tukar hak milik kenderaan.

Portal Malaysia ingin kongsikan info tentang operasi kaunter JPJ pada setiap Jumaat & Sabtu atau Sabtu & Ahad yang perlu anda tahu.

Waktu Operasi Kaunter JPJ (Jumaat, Sabtu & Ahad)

Waktu operasi : Jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari

Hari:

  • Jumaat & Sabtu ( Bagi Negeri Kedah, Terengganu, Kelantan & Johor )
  • Sabtu & Ahad ( Bagi Negeri-negeri Lain)

Nota Penting

  • Mod bayaran adalah tanpa tunai (CASHLESS) bagi operasi kaunter pada hujung minggu ini.
  • Walk-in adalah tidak dibenarkan.
  • Semua urusan adalah secara temujanji berjadual sahaja.

Boleh buat temujanji online terlebih dahulu: Cara Mohon Janji Temu Online Pejabat POS (Pembaharuan Lesen & Cukai Jalan JPJ)

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ Malaysia)

Disclaimers – Bahan artikel admin share diatas merupakan panduan dan rujukan artikel related dengan “Kaunter JPJ Malaysia Kini Beroperasi Pada Hujung Minggu (9.00am – 1.00pm)” ini sahaja. kami tidak ada sebarang kaitan dengan government agency atau mana-mana syarikat yang berkaitan dengannya, semua hebahan berpandukan sumber rasmi dan sahih sahaja.

Sila Share Artikel Ini Dahulu Sebelum Teruskan Pembacaan!